Pages

Thursday, 22 November 2012

MUNGKINKAH UCAPAN SALAM PAS KEPADA AHLI UMNO HARAM ???


'Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh'
Ia mudah dan ringkas, namun mengandungi erti yang cukup besar dan hebat sebagai orang Islam. Iaitu 'selamat sejahtera ke atas kamu'. Ucapan salam sesama muslim amat digalakkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W dimana kita sebagai orang Islam tanpa mengira bangsa, negara dan idealogi, amat wajar mendoakan kesejahteraan sesama seagama. Baginda Nabi Muhammad S.A.W jugalah merupakan seorang manusia yang cukup suka dan paling cepat memberikan ucapan salam meskipun kepada kanak-kanak. Harapan baginda Nabi Muhammad S.A.W semoga umatnya sentiasa dalam kesejahteraan.

Tapi sayang ucapan itu bakal 'diharamkan' oleh Pas bila mana Pas sanggup mendoakan kehancuran orang Islam lain. Tiada lagi 'selamat sejahtera ke atas kamu', yang ada hanyalah 'hancurlah kamu, binasalah kamu'.


Melihat kepada pergolakkan yang berlaku di  negara Islam seperti Palestin misalnya yang tidak putus-putus diserang dan dizalimi oleh zionis. Begitu juga yang berlaku kepada Islam Rohingya yang sedang berhadapan penghapusan etnik oleh buddha Rakhine. Orang Islam di negara tersebut sedang berjuang mencari sebuah kehidupan yang lebih baik. Mereka juga ingin memaknakan hidup sebagai makhluk Allah di muka bumi. Sebaliknya berlaku di Malaysia. Orang islam sendiri yang inginkan agar orang islam hancur.

Apakah manfaatnya mendoakan kehancuran sesama islam? Kepuasan? Sejauh manakah mereka merasa puas bila melihat orang islam hancur? Jika Pas merasa puas dan seronok melihat kehancuran orang islam, BENARLAH, Pas memang tidak mempunyai niat untuk melihat islam sebagai tonggak negara, BENARLAH, Pas memang seronok melihat kesengsaraan islam Palestin dan Rohingya dan BENAR jugalah bahawasanya Pas bukan parti islam.

Doa Pas itu hanya merugikan umat islam Malaysia keseluruhannya. Kenapa? Ini kerana orang kafir tidak lagi perlu bersusah payah mengatur agenda mereka bagaimana untuk menghancurkan orang islam. Sebab orang islam sendiri telah pun mengambil alih tempat mereka. Sedarkah Pas tentang perkara itu? Ya, Pas memang sedar dan faham, namun bisikan syaitan tidak mampu ditangkis lagi. Bukankah syaitan telah berjanji dengan Allah akan menghancurkan orang islam. Jadi, jika itulah harapan Pas, apa bezanya antara Pas dengan Syaitan.

Kalau inilah trend yang diguna pakai oleh Pas, nampaknya kemuliaan ucapan salam sedang menuju zaman kepupusan. Generasi muda dan baru akan cenderung terdidik ke arah menghancurkan sesama sendiri, tiada lagi salam sesama islam. Dan adalah tidak mustahil juga akan ada di satu tahap nanti Pas akan mengeluarkan fatwa bahawa sesungguhnya ucapan salam kepada UMNO adalah HARAM - Nauzubillah.

Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment