Perbezaan di antara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang yang ditekankan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO diharap dapat menyedarkan rakyat akan kepincangan dalam pembangkang
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ucapan Timbalan Presiden UMNO itu boleh dilihat sebagai suatu yang menginsafkan bukan sahaja kepada anggota parti, tetapi juga kepada orang ramai.
Beliau berkata ucapan bersandarkan fakta sebenar permasalahan dalam pakatan pembangkang yang mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Kedah itu perlu dihayati, dan diterjemah di peringkat akar umbi oleh ketiga-tiga sayap parti menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Dengan ini kita dapat memahami politik kebencian dan politik fitnah yang diguna oleh pembangkang untuk menghantui atau memberi gambaran buruk terhadap UMNO dan juga parti-parti komponen BN,” katanya selepas perasmian itu, di sini Selasa malam. Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Muhyiddin turut menekankan kesepakatan dan perkongsian dalam BN bukan ungkapan semata-mata, tetapi satu kebenaran yang terbukti dengan perbuatan.
Mohd Shafie berkata UMNO yang memiliki banyak kerusi Parlimen berbanding rakan komponen tetap memberikan peluang kepada setiap parti komponen untuk dilantik dalam kabinet.
“Tapi kita tidak memerintah dengan meletakkan kepentingan UMNO semata-mata, sebaliknya perkongsian itu kita terjemahkan dengan tindak-tanduk, semua kaum kita bagi peluang dan ruang,” katanya.
Mohd Shafie berbeza keadaan itu berbeza dengan pembangkang yang kononnya satu pasukan, satu pakatan yang berpadu, tapi jelas hanya janji kosong yang tidak dapat diterjemahkan dalam pemerintahan mereka.
Bagi seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, doa yang memohon umat Islam termasuk anggota Pas kembali ke jalan Allah dan menyambut salam perpaduan, merupakan doa lazim yang dilakukan mengikut sunnah Rasululullah.
“Kita mengambil pendekatan ‘bilhikmah wabil hasanah’ iaitu pendekatan kebijaksanaan dan berlemah lembut dengan tidak mendoakan rakan kita yang telah mendoakan kebinasaan kita, sebaliknya mendoakan supaya mereka terbuka hati, berpadu demi agama Islam di samping tidak mengetepikan agama lain,” katanya. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ucapan Muhyiddin mengiktiraf sumbangan Wanita UMNO sebagai srikandi negara yang menyumbang kepada kestabilan parti.
Katanya Wanita UMNO lebih berminat kepada politik untuk membela nasib rakyat bukan yang menimbulkan fitnah serta tohmahan yang menjurus kepada rusuhan dan kekacauan di negara ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula berkata ucapan Muhyiddin itu jelas merupakan seruan kepada Umno dan BN untuk mengembleng tenaga mempertahankan Putrajaya.
“Pemuda UMNO sahut cabaran menjadi hulubalang parti, kita akan lipat ganda usaha ke kawasan masing-masing dan pastikan jentera kita mantap dan penerangan kita jelas, dan dengan usaha yang tidak mengenal penat-lelah ini kita yakin lebih ramai orang muda dan pengundi muda dapat kita tarik bersama Umno,” katanya
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata amanat serta doa yang dilafaz Timbalan Presiden Umno tersebut akan sentiasa dipegang setiap anggota Puteri dalam melaksanakan tugas teras memperkasa UMNO.
“Sebagai Ketua Puteri, saya akan pastikan jentera Puteri sentiasa bersiap siaga dalam apa jua keadaan demi menjadikan kemenangan sentiasa berpihak kepada parti biarpun ketiga-tiga sayap menggalas cabaran yang berbeza,” katanya.

No comments:
Post a Comment