Pages

Monday, 1 October 2012

SUDAH TIADA SUARA ULAMAK DALAM PAS

Sememangnya semakin jelas siapakah kuasa-kuasa utama dalam menentukan hala tuju untuk sesuatu parti politik dalam PAS. Terbaru sudah ada suara-suara Anwarinas di dalam PAS yang meminta agar Ustaz Nasha dipecat dari PAS kerana kenyataan menghina Karpal dan kepimpinan PAS berkaitan dengan hudud. Sekiranya pemecatan Ustaz Nasha terjadi, maka DAP pastinya parti yang paling melompat bergembira menerima perkara tersebut kerana ianya adalah simbolik kepada mereka untuk menghancurkan Islam di Malaysia. Bagi PAS pula, seperti biasa, mereka akan terus-menerus mengatakan perkara tersebut adalah keperluan di dalam Pakatan Rakyat walaupun realitinya ianya hanyalah keperluan kepada DAP dan PKR.

Sebelum itu Dato' Hasan Ali dipecat dari PAS kerana pandangan-pandangan yang dilontarkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu mewakili pandangan era kepimpinan ulamak yang tidak boleh diterima barisan kepemimpinan baru PAS. Punca pemecatan Dato' Hasan Ali adalah bukti perubahan yang berlaku dalam PAS. PAS pada masa sekarang sudah banyak berubah yang mana dari segi pemikiran ia berubah ke arah pandangan yang liberal dan yang kedua adalah perubahan barisan kepimpinan, kalau dulu kepimpinan PAS adalah kepimpinan ulamak tapi sekarang kepimpinan PAS dikuasai golongan liberal. Kalau dulu kepimpinan ulamak dalam PAS banyak menyentuh tentang politik dalam kaitan dengan akidah tetapi sekarang sudah tentu pendekatannya adalah bagaimana untuk memperolehi kuasa dengan sebab itu maka aliran liberal begitu kelihatan dalam keputusan-keputusan yang dibuat.

Sejak kebelakangan ini, suara ulamak sering dinafikan di dalam PAS. Malah ulamak sedia ada sering dilihat sekadar menjadi boneka kepada DAP dan PKR. Dalam sesuatu isu, segala keputusan sudah dapat diramal kerana ianya hanya menurut kepada skrip DAP dan PKR manakala PAS pula hanya berlagak sebagai pelakon untuk menjahanamkan parti sendiri. Jadi, tahniah kepada DAP dan PKR kerana mampu membuatkan PAS benar-benar seperti anjing suruhan di dalam Pakatan Rakyat.

Tambah membingungkan apabila ulamak-ulamak di dalam PAS yang mendapat jawatan tinggi pula sekadar mampu mengiyakan segala kemungkaran yang dilakukan DAP dan PKR. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Haji Hadi Awang. Sejak kebelakangan ini lebih banyak fitnah dari fakta yang keluar dari mulut pemimpin bertaraf ulama' ini. Jadi, adakah ini yang dikatakan pemimpin Islam yang zuhud sehinggakan fitnah dan fakta tidak mampu dibezakan? Mungkin PAS terlupa bahawa Islam itu sendiri mengagungkan para ilmuwan seperti golongan ahli sufi dan para ulamak untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.

Secara jujurnya, sekiranya pemecatan Ustaz Nasha terjadi, PAS berjaya membuktikan bahawa mereka lebih teruk dari parti kafir harbi DAP dan parti munafik PKR kerana gagal menyatukan ahli mereka sesama sendiri kerana perjuangan yang kabur.


WALLAHUALAM.....

No comments:

Post a Comment