Pages

Sunday, 28 October 2012

PANAS !!! PANAS !!! BETULKAH NIK AZIZ WAHABI ???


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Saya cukup terkilan dan sedih mengenai pandangan dan pendapat sesetengah mereka yang terlalu fanatik dan taksub kepada Nik Aziz dan parti PAS yang mengatakan orang lain selain pemimpin dan pengikut PAS tidak layak bercakap mengenai Islam kerana mereka adalah jahil dan "puok-puok SYAITAN yang dikenali".

Cuba kita perhatikan antara kenyataan-kenyataan Nik Aziz yang hangat diperkatakan yang banyak mengelirukan pemikiran dan akidah umat Islam..!

(1) Nik Aziz Nik Mat mentafsir ayat Al-Quran Surah To-Ha ayat 5… “Arrahmaanu ‘alal ‘arsyis tawaa” yang bermaksud ‘(ALLAH) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy’ dan mentafsirkan  dengan mengatakan ALLAH S.W.T duduk bersila di atas Arash sedangkan menyamakan ZAT ALLAH S.W.T dengan makhluk adalah Syirik kepada ALLAH dan Syirik ini adalah satu dosa besar yang ALLAH S.W.T tidak akan mengampuninya.
الرَّحمٰنُ عَلَى العَرشِ استَوىٰ ﴿٥﴾(5) Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
Ucapan Nik Aziz di atas ucapan orang politik dan terlalu banyak kali beliau mengulangi kata-kata ini.  Dengan jelas beliau menyamakan ALLAH Taala dengan makhluk yang baharu ini.
Ini kerana fahaman Nik Aziz ialah agak hampir kepada Khawarij iaitu menyamakan Allah SWT. dengan makhlukNYA. Ulamak silam Islam sejak zaman sahabat dan tabi'n sudah mengisytiharkan akidah Khawarij ini amat sesat dan boleh membawa kepada kufur.
Akidah Khawarij ini mengatakan Allah SWT bertempat dan beranggota. Ini sudah pasti menyalahi akidah Islam. Kelompok Mujassimah berkata Allah SWT bertempat di langit dan Arash sedangkan Allah SWT mustahil bertempat dan mengambil ruang kerana Allah SWT bersifat menyalahi dengan makhlukNYA.
Nampaknya Nik Aziz lebih sesat lagi apabila beliau kata Allah SWT duduk bersila lendik. Yang mana kelompok Mujassimah atau Wahabiah tida kata sebegitu sebab itulah dalam Islam akidah mesti teguh dan hakiki berdasarkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sudah bertapak ribuan tahun di dunia Islam.
Sekiranya kita terlalu banyak guna akal kemudian mengambil nas-nas yang zahir sahaja serta menolak pandangan ulamak agung termasuk para sahabat maka inilah akibatnya. Akidah Allah SWT. bersila dan duduk atas arash amat sesat dan akidah kufur dengan ijmak ulamak.

(2) Nabi Muhammad SAW. serupa dengan Mat Bin Pak Lah kampong kita, bila dia jadi Nabi pada umur 40 tahun barulah beza dengan kita.
Dengan kata-kata ini, Nik Aziz sangat menghina Baginda Rasulullah SAW. , amat jahil dengan sejarah dan nas Al-Quran. Dalam sejarah terlalu banyak menyebut bahawasanya Baginda Rasulullah SAW. ketika lahir lagi telah dizahirkan mukjizat seperti padamnya api sembahan Majusi yang tidak pernah padam sejak 1000 tahun lebih.
Baginda Nabi Muhammad SAW. juga dilahirkan sudah dikhatankan. Kelahiran baginda juga diterangi cahaya yang amat cerah sekitar kota Mekah dan banyak lagi. Dalam Al-Quran juga disebutkan hahawasanya Nabi Isa berkata, akan datang seorang Rasul bernama Ahmad (Muhammad).
Adakah "Mat" kampung kita ada Mukjizat dan fadhilah sebagaimana Nabi Muhammad SAW???

Lihat dan dengarlah sendiri Muzakarah berkaitan dengan dua isu ini antara Ustaz FAIZ & Ustaz Jeming Hassan. Dan TOPIK yang KETIGA dibahaskan adalah.... ADAKAH TGNA INI WAHABI...???





No comments:

Post a Comment