Pages

Wednesday, 3 October 2012

HOT !!! NIK ABDUH NIK AZIZ VS ABDUL KADIR SHEIKH FADZIR






"Suara ALLAH SWT minta saya

turun 'back to front line politic' 

dan menyelamatkan negara kita" 

- Abdul Kadir Sheikh Fadzir





"ALLAH Mengarahkan Kita Ke 

PUTRAJAYA. ALLAH Mahukan 

Kita Merampas Kuasa Itu Daripada 

Musuh2 ALLAH Dan Musuh2 Kita"   

- Nik Abduh.



SUBHANALLAH .........


Didunia ini tidak ada satu perjuangan yang lebih suci dari perjuangan orang-orang Pas, penyokong dan pejuang Pas menuju Putrajaya, kerana apa ? kerana ini perjuangan suci.

Kenapa kita mahu ke Putrajaya ? Allah mengarahkan kita ke Putrajaya, Allah mahukan kita merampas kuasa itu daripada musuh Allah dan musuh kita, inilah perjuangan yang suci.

Apabila Allah Taala memberikan secalit kuasa kepada manusia didunia ini, maka Allah Taala tidak memberikannya kecuali kepada hamba-hambanya yang beriman, tetapi apa yang berlaku ! yang berlaku ialah syaitan dan orang-orang yang menyembah syaitan telah merampas kuasa ini daripada orang-orang  yang beriman.

Apakah begini kata-kata pejuang Islam dan pemimpin yang beriman ? Ini seperti kata-kata pengikut ajaran sesat yang merancang untuk menggulingkan kerajaan. Kata-kata Nik Abduh pada rakaman klipvideo di perhimpunan hijau Jun lalu jelas menggambarkan kesesatan yang amat sangat didalam pemahamam beliau dengan erti Islam yang sebenarnya.

Lebih membimbangkan kata-kata Nik Abduh yang cuba meracuni pemikiran penyokong Pas supaya taksub dengan membuat beberapa seruan sesat itu perlu dipandang serius sebelum sekali lagi amukan 'Jaya Negara' akan berulang.

Perjuangan Pas adalah perjuangan yang paling suci didunia ! , hilang akal ke Nik Abduh ni ?...Allah mengarahkan kita ke Putrajaya, Allah mana yang dimaksudkan oleh Nik Abduh itu ? Mustahil Kalau Allah yang maha esa mengarahkannya, perkataan Putrajaya pun tak tercatat didalam Al-Quran.

Kata-kata Nik Abduh yang penuh dengan kesesatan itu wajib dibendung dengan segera, perjuangan Parti Pas dibuatnya lebih dari agama Islam, kata-kata sedemikian jika diulang tanam didalam pemikiran umat, nescaya negara kita akan menghadapi kacau bilau sepertimana yang berlaku didunia arab pada hari ini.

Tercetusnya peperangan adalah bermula dengan pemahaman yang eksktrim, lihat saja apa yang berlaku diantara dua kumpulan seperti Fatah dan Hamas, bukankah akhirnya ia merugikan umat Islam itu sendiri, yang MAMPUSNYA adalah rakyat, pemimpin seperti Nik Aziz akan keluar negara naik haji lah kononnya.

Jika seluruh rakyat bersedia untuk berperang sesama Islam, abaikan hasutan-hasutan demikian supaya ia menjadi barah dan dendam, seandainya merasakan keamanan yang dikecapi pada hari ini mustahil untuk berlakunya huru-hara atau peperangan, merasakan demikian menjadi lumrah bagi golongan yang tidak tahu berfikir.

Kerakusan pemimpin atasan meragut kuasa akan menjadikan rakyat yang sengsara, rakyat yang tidak reti bersyukur dan berakal pendek akan mudah terpengaruh dengan kata-kata jahat pemimpin mereka, sebaliknya jika rakyat berfikiran matang seharusnya terlebih dahulu melihat negara-negara yang sedang bergolak dan kesannya selepas pergolakkan, apakah ia lebih baik dari sebelumnya dan adakah negara kita pentadbirannya seburuk  negara mereka.?

Boleh saja untuk rakyat mengubah kerajaan, namun biarlah dengan cara yang sepatutnya dan penggantinya pula tidak dikalangan mereka yang kemaruk. Kerana jika terpedaya dengan kata-kata manusia yang kemaruk buruklah akibatnya. 

"Sematkan dalam hati, setiap kali perjuangan ini menuntut saudara berhimpun, jangan ada diantara kita yang mengundur diri, kerana sesungguhnya pada perhimpunan itu adalah kekuatan iman." - kata-kata Nik Abduh ini cukup dalam terjemahannya namun cukup ringkas untuk difahami....
Anda Mampu Mengubahnya.

WALLAHUALAM.

No comments:

Post a Comment