Pages

Tuesday, 23 October 2012

HADI AWANG VS NIK AZIZ

Bila berhadapan dengan tekanan dari pertembungan pendapat dan pandangan antara Karpal Singh dan Nasharuddin, pendirian Hadi Awang hanya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP yang menunjukkan Hadi Awang seolah-olah sudah nyanyuk dan pelupa tentang apa yang pernah beliau katakan.

Hadi Awang memang terpaksa akur kepada realiti politik bahawa beliau dikelilingi puak "professional" yang kini sudah melakukan transformasi menjadi puak "liberal' dan kini mula mengenepikan pandangan dari fraksi "ulamak"Bagi Hadi Awang, bagaimana beliau akan lakukan justifikasi dengan akuan yang  pernah beliau lakukan bahawa PAS adalah parti Allah.

Yang menambah kerumitan Hadi awang adalah Nik Aziz yang sebagai simbol "ulamak" dan sangat berpengaruh dalam PAS pernah mengeluarkan kata-kata kesediaan untuk berkerjasama dengan bukan saja DAP, bahkan syaitan juga.


Boleh tidak boleh, Hadi Awang yang lebih condong kepada fraksi Nasha, Hasan Ali, Shahnon, Haron Din, dan lain-lain yang sewaktu  terpaksa Pragmatisme terhadap Nik Aziz yang mengkompromi agenda Islam yang dibawa puak-puak seperti Hadi Awang.
Pragmatisme adalah aliran filsafat yang mengajarkan bahwa yang benar adalah segala sesuatu yang membuktikan dirinya sebagai benar dengan melihat kepada akibat-akibat atau hasilnya yang bermanfaat secara praktis. Dengan demikian, bukan kebenaran objektif dari pengetahuan yang penting melainkan bagaimana kegunaan praktis dari pengetahuan kepada individu-individu. Dasar dari pragmatisme adalah logika pengamatan, di mana apa yang ditampilkan pada manusia dalam dunia nyata merupakan fakta-fakta individual, konkret, dan terpisah satu sama lain. Dunia ditampilkan apa adanya dan perbedaan diterima begitu saja.

Terikut juga Hadi Awang sehingga kata-kata terbaru beliau membawa maksud beliau sedia bekerjasama dengan sesiapa termasuk musuh luar negara yang mahu bekerjasama untuk menjatuhkan UMNO dan mencapai hasrat mereka untuk perolehi kuasa di Putrajaya.
Sedialah Hadi Awang untuk berkerjasama dengan puak-puak yang memurtadkan orang Islam, puak-puak yang cara hidup LGBT sudah bercanggah dengan fitrah manusia dan ugama, puak-puak SUARAM yang berseirama dengan musuh Islam dari kaum Nasrani dan Yahudi seperti NED, KAF, dan Soros, orang-orang Islam yang akidah mereka sudah sesat akibat kepercayaan pada konsep liberalisma Islam dan pluralisma ugama, puak-puak yang menentang Dualah Islamiah, puak-puak yang bertambah lantang mempersoalkan cara hidup dan amalan ugama Islam, dan lain-lain.

Samada pendirian Hadi atau Nik Aziz, nampaknya eloklah terima saja Iblis dan Syaitan sebagai anggota parti dan hentikan tipu muslihat politik PAS selama ini yang kononnya memperjuangkan Islam.








PAS sudah melencung jauh ... kata ahli PAS Seumur Hidup, Datuk Dr. Shahnon Ahmad.






RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI SAUDARAKU YANG "SEBANGSA & SEAGAMA".

WALLAHUALAM !!!

No comments:

Post a Comment