Pages

Monday, 29 October 2012

DAP AKAN KUBURKAN PAS SELEPAS PRU13?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Perancangan rapi telah diatur sejak PRU12 lagi bersama pemimpin DAP hanya mempunyai satu sahaja matlamat mereka iaitu menang PRU13 dan dapat menawan Putrajaya.Tiada perkataan kalah dalam peracangan mereka.

Anwar bersama DAP tidak terfikir walau sejenak untuk kalah dalam PRU13, dalam perancangan mereka telah disusun rapi dengan menggunakan kepakaran pakar strategi daripada yahudi, mereka yakin Malaysia bakal menjadi hakmilik mereka.

Bagi mereka PAS tidak ubah hanya anjing belaan yang akan menyalak apabila disuruh oleh tuannya dan akan menjaga harta tuannya sepanjang ketiadaan tuannya.

Anwar dan DAP tidak pernah ada dalam kamus mereka menyanjungi pemimpin PAS, bagi mereka PAS hanya akan wujud sebelum PRU13 sahaja untuk membantu kemenangan mereka. Sebaik selesai PRU13 nanti dan setelah Putrajaya berjaya ditawan oleh Anwar dan DAP, parti PAS tidak lagi ujud dan akan diharamkan buat selama-lamanya.

Ada orang Melayu akan kata DAP tidak akan berani berbuat demikian kerana mereka akan takut kebangkitan orang Melayu seperti tragedi 13 Mei 1969. Setakat mana orang Melayu bersedia menghadap tragedi 13 Mei akan datang?

DAP dengan pakar-pakar strategi Yahudi sudahpun mengatur pelbagai plan A, B, C, dan D. Orang Melayu hanya akan menempah maut jika memberontak ala-ala tragedi 13 Mei, kerana pada kali ini bukan parang panjang yang menjadi senjata tetapi senjata era teknologi moden dan canggih yang menjadi sandaran.

Seperti yg didedahkan baru baru ini, kabinet bayangan oleh pakatan rakyat kalau dapat menerajui negara jelas di pelupori oleh PKR dimana Anwar ibrahim Sebagai Perdana Menteri Malaysia, Manakala isteri beliau dan anaknya Nurul Izzah sebagai menteri penuh. Manakala Abdul Hadi Awang  (PAS) sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan Lim Guang Eng (DAP) Sebagai Timbalan Perdana Menteri II.


Cuma yang melucukan kabinet bayangan ini membuktikan serakah pakatan rakyat yang mengamalkan nepotisme dan kronisme yang selama ini dilaung laungkan oleh pakatan rakyat yang menuduh Barisan Nasional mengamalkan Kronisme dan Nepotisme.

Belum pernah dalam sejarah malaysia suami, isteri dan anak akan bergandingan dalam satu kabinet sekiranya pakatan rakyat diberikan mandat untuk memerintah malaysia. Yang nyata tiada nama seperti Nik Aziz dan Mat Sabu dalam kabinet bayangan tersebut, seolah-olah men'IYA'kan kata kata Sdr Mohamad Razali Bin Abdul Rahman bekas pegawai khas Jeef Oii (DAP),bahawa sekiranya pakatan rakyat dapat memerintah, DAP akan memastikan parti yang berlandaskan agama ISLAM seperti PAS berkubur buat selama-lamanya. 

AYUH penyokong UMNO dan PAS bersatu lah  pada PRU13 ini bagi mengekalkan kuasa melayu yang mendokong Agama ISLAM agar terus bertapak dibumi MALAYSIA bertuah ini.
Sama-samalah kita fikirkan.


WALLAHUALAM.

No comments:

Post a Comment