ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MUNGKINKAH BETUL UNGKAPAN PEMBANGKANG... "BN" UNTUK "BARANG NAIK" ??? @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Tuesday 17 December 2013

MUNGKINKAH BETUL UNGKAPAN PEMBANGKANG... "BN" UNTUK "BARANG NAIK" ??? @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Satu demi satu rakyat Malaysia menghadapi siri 'rasionalisasi' harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13. Seolah-olah kenaikan harga barang ini sudah tidak tertahan untuk dihambur keluar sesudah diperam terlalu lama sebelum pilihanraya. 

Jangkamasa dua tahun pertama selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ini kita akan melihat momentum segala-galanya naik. Yang turun hanyalah hujan. Apabila memasuki tahun ke 3 kelak nadanya akan berlainan. Seterusnya tahun ke 4 dan 5 menjelang PRU14. Rakyat akan dihambur pula dengan wang di sana sini.

Saya melihat seolah-olah ada yang tidak kena dengan pentadbiran DS Najib hari ini. Langsung perbandingan tidak dapat dielakkan dengan pentadbiran Tun dahulu. Zamannya berlaku juga kenaikan dan pengurangan subsidi ini. Ianya normal dalam mana-mana sistem ekonomi. Tetapi tidak lah berturutan sebegini di mana kuasa beli rakyat juga disesuaikan dan difleksibelkan.

Walaupun saya penyokong kerajaan saya juga melihat 'kepelikan' ini di depan mata. Umno tidak semestinya perfect. Tetapi pilihan yang ada belum dapat meyakinkan saya beserta sebilangan besar rakyat Malaysia yang lain untuk mengubah sesuatu atau apa yang menjadi status quo selama ini.

Terus terang saya katakan...saya sangat sedih apabila banyak keperluan rakyat NAIK HARGA. 

Minyak Naik, Gula Naik, Eletrik Bakal Naik, LRT Bakal Naik, Rumah Naik, Bahan Binaan Rumah Naik, Tol Bakal Naik dan tak pasti apa lagi yang akan naik. 

Apa yang saya sedihkan apabila mengenangkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh Tanah Air. 

Harapan saya Pihak Kerajaan dapat pertimbangkan perkara ini dengan sewajarnya...

Rakyat sudah jatuh ditimpa tangga
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Peribahasa ibarat sudah jatuh ditimpa tangga sesuai untuk situasi rakyat yang semakin terhimpit dengan kesan kenaikan yang bakal dialami pada 2014, kata Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman kerajaan yang bakal menaikkan kadar tol di 13 lebuh raya terlibat susulan perjanjian konsesi yang menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. 

Baca selanjutnya...

2014 tahun mencabar
TAHUN 2014 akan menjadi masa paling mencabar kepada masyarakat terutama mereka berpendapatan rendah dan sederhana kerana harga barang serta perkhidmatan di negara ini, naik serentak.

Selepas PRU13, kerajaan mengumumkan satu demi satu kenaikan harga barang dan perkhidmatan, atau pengurangan serta pemansuhan subsidi, berselang dalam tempoh sebulan, sejak September lalu. 

DENGARLAH LUAHAN RAKYAT DI SINI !!!

DAN DI SINI !!!



No comments:

Post a Comment