ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI ! DAP NAK HAPUS SUBJEK TAMADUN ISLAM !!!

Tuesday 16 July 2013

TERKINI ! DAP NAK HAPUS SUBJEK TAMADUN ISLAM !!!


Desakan DAP mahu kerajaaan mengugurkan subjek Tamadun Islam di IPTS sekali lagi membuktikan parti chauvinis & rasis ini adalah selamanya ANTI ISLAM !!

Kepada macai2 Melayu  bangang PAS  & PKR  yang masih lagi memuja DAP ini , jangan jadi pekak & buta .  DAP adalah parti yang cukup konsisten menyerang isu-isu berkaitan Islam .



Malah Dr Asri sendiri dalam status facebooknya semakin bimbang dengan sikap DAP yang seolah-olah anti perkara bersifat Islam yang mana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama .

Jika subjek Tamadun Islam didesak   mahu digugurkan sewaktu mereka menjadi pembangkang , tak mustahil bila mereka mereka berkuasa nanti , subjek Pendidikan Islam pulak akan diterajang keluar di sekolah !!

Apakah DAP takut bila pelajar bukan Islam mempelajari subjek ini akan membuatkan mereka tertarik kepada Islam  ??  

Kementerian Pengajian Tinggi tidak perlu melayan gesaan pihak pembangkang supaya subjek Tamadun Islam digugurkan sebagai subjek wajib kepada penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kata Datuk Aidit Ghazali. 

Sebaliknya, Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) itu berkata kementerian berkaitan perlu mempertahankan subjek tersebut. Malah, Aidit berkata bantahan yang disuarakan ahli Parlimen DAP Kampar Dr Ko Chung Sen itu jelas memperlihatkan kejahilan beliau tentang kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

   "Ahli Parlimen DAP sebenarnya menunjukkan kejahilan beliau tentang apakah model yang kita ikut di Malaysia yang mana rakyat kita lebih-lebih lagi di kalangan belia dan mahasiswa kena tahu tonggak-tonggak dalam negara kita.
   "Mempelajari tamadun Islam sebenarnya adalah mempelajari tentang nilai murni, prinsip yang unggul untuk menjadikan sebuah tamadun itu tamadun yang gemilang. Jadi kalau mana-mana mahasiswa menguasai subjek itu dengan syarat pengisian tamadun Islam itu betul termasuk cara mengajar dan guru yang mithali maka saya lihat kita akan dapat kesan yang baik. 

"Pada saya kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi kena berdiri tegas dalam mempertahankan pengajaran tentang Tamadun Islam. Kalau kita nak laksanakan subjek ini, saya cadangkan tenaga pengajar mesti di kalangan mereka yang berilmu dan mithali dari segi perlakuan dan pembawaan diri."

Pada saya jangan kita mengalah. Apa yang dikatakan pemimpin DAP ini ada intipati atau niat serong yang tak sihat untuk jangka masa hadapan," katanya kepada Antarapos. 

Sehubungan itu, Aidit turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan negara dengan mempolitikkan isu agama Islam.

   "Saya memberi amaran jangan bermain api, kerana kalau mereka menyentuh terlebih-lebih lagi, ia akan menimbulkan kemarahan yang amat di kalangan orang Islam khususnya di kalangan bangsa Melayu," tegasnya. Aidit juga turut menempelak rakan seperjuanga DAP iaitu PAS dan PKR apabila mengambil sikap berdiam diri terhadapa apa yang dilakukan oleh sekutunya.

"Puak-puak DAP sekarang semakin berani untuk memacukan cadangan yang boleh merapuhkan, menghancur dan menghakis kedudukan Islam dalam negara. Bukan disebabkan DAP sahaja biadap, tetapi rakan PAS dan PKR berdiam sahaja, tambah pula kesan kepada generasi muda apabila perkara ini berlaku ada di kalangan mereka malu bergelar mereka itu Muslim dan Melayu," kata Aidit lagi. 

Ko semalam didakwa mempersoalkan ketetapan baru Kementerian Pengajian Tinggi yang mewajibkan setiap pelajar di universiti swasta mempelajari mata pelajaran Tamadun Islam yang akan berkuatkuasa pada 1 September depan. 

Ujarnya, ketetapan berkenaan tiada kena-mengena dengan kursus dan ijazah yang akan diambil setiap pelajar. Malah dakwanya, pengwajipan Tamadun Islam kepada pelajar bukan Islam sebagai tidak adil sedangkan golongan itu mempunyai latar belakang agama yang berbeza.

No comments:

Post a Comment