ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK DUN KUALA BESUT : BN KEKAL KERUSI DUN

Wednesday 24 July 2013

PRK DUN KUALA BESUT : BN KEKAL KERUSI DUN


CALON Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman (kiri) mengangkat tangan selepas diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.01 Kuala Besut, A Rahim Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih, malam tadi.
JERTIH: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil DUN itu dengan majoriti lebih besar apabila calonnya, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman peroleh 8,288 undi, menewaskan calon Pas, Endot @ Azlan Yusof yang mendapat 5,696 undi.

Keputusan yang diumumkan tepat jam 10.13 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahman Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut itu menyaksikan BN memperoleh majoriti 2,592 berbanding 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Pada PRU-13 lalu, calon BN, Dr A Rahman Mokhtar memperoleh 8,809 undi manakala pencabarnya dari Pas, Napsiah Ismail memperoleh 6,375. 

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Dr A Rahman pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. 


Keputusan rasmi PRK Kuala Besut:


Barisan Nasional  :    8,288  undi
PAS                       :     5,696 undi
Undi rosak            :        125 undi


Majoriti                  :   2,592 undi


Bertambah 158 undi (naik 6.49%) berbanding 2,434 majoriti pada Mei 2013. 

Peratus keluar undi : 80%

BN menang di semua peti undi termasuk Bukit Puteri dan Kampung Nangka yang tewas pada PRU 13.

Pulau perhentian - BN 454 / PAS 179 Maj. 275 

Seberang barat - BN 805 / PAS 452. Maj.353 

Kg. Nail - BN 822 / PAS 523 
Maj. 299 

Seb. Barat luar - BN 1590 / PAS 821 
Maj. 769 

Tok saboh - BN 1534 / PAS 959 maj. 575 

Kg. Nangka - BN 524 / PAS 510 
maj. 14 

Kg. Baru - BN 1006 / PAS 979 
maj. 27 

Bkt. Puteri - BN 967 / PAS 946 
maj. 21 

Undi awal - BN 582 / PAS 319 
maj. 263 

Undi pos - BN 9 / PAS 0 
maj. 9 

No comments:

Post a Comment