Pages

Monday, 29 January 2018

FAKTA - EAST COAST RAIL LINK (ECRL)

2 track keretapi sepanjang 688 km , 2 fasa :
1- Sepanjang 600.3 km - Dari Gombak ke Tumpat. Kos Rm46b
2- Sepanjang 88 km- Dari Gombak ke Port Klang. Kos Rm9b
Kos keseluruhan untuk 688.3 km ialah Rm55b 

Pemilik ECRL ini ialah 100% Kementerian Kewangan dan 85% di biayai dengan pinjaman mudah dari Negeri China.

Di jadualkan siap pada tahun 2024 dan pembayaran habis loan di jangka dalam masa 8 tahun iaitu tahun 2034 ( walau pun pinjaman selama 20 tahun )
Cadangan tambang dari Gombak ke Tumpat ialah Rm120 di mana Kerajaan subsidi lebih 50% .

Bagi membolehkan pembayaran balik dalam masa 8 tahun , 80% daripada pengangkutan ini membawa kargo dari pantai Timur terutama dari Industri-Industri di Kuantan dan Pekan .

Manafaat untuk penduduk Negeri Selangor, Kuala Lumpur , Pahang, Trengganu dan Kelantan.

Perjalanan dari Gombak ke Tumpat memakan masa 10 jam mengambil masa cuma 4 jam !

Jika di bandingkan dgn Terowong dasar laut Pulau Pinang kos purata per kilometer ialah Rm79.9 juta.

Kos Terowong Pulau Pinang Sepanjang 7.2 kilometer ialah Rm6.3 b bermakna per satu kilometer ialah Rm875 juta - kos yang gila ? Sebab itulah 40 tahun pun tak boleh ambil balik kos - satu projek penipuan DAP!

PERDANA MENTERI 2 KALI ??? RAKYAT BELUM GILA !!!

Muhyiddin tak setuju Mahathir jadi Perdana Menteri bukanlah perkara baru dalam penubuhan parti bunga ini, sebetulnya ianya telah beberapa kali dinyatakan didalam perjumpaan sesama mereka didalam kumpulan tersebut sebelum berhasrad mahu menubuhkan parti berkenaan.
Kemudiannya ia menjadi semakin hangat bila mana Mahathir dengan jelas menunjukkan sifat ketamakkannya walaupun berlakun malu-malu kuching mahu dilantik atau dipilih sebagai Perdana Menteri pakatan pembangkang sama ada dengan persetujuan Muhyiddin atau pun tidak.
Sementara Muhyiddin pula tidak sedar bahawa sejak beliau masih didalam parti UMNO yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri telah dimaklumkan bahawa beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri dan perkara ini dimaklumkan pada setiap kali perjumpaan ketika plan rancangan mahu menjatuhkan Dato' Seri Najib Tun Razak.
Alasan yang sering diberikan oleh Mahathir pada setiap pertemuan adalah Muhyiddin tidak mahu menjadi Perdana Menteri, ini yang dimaklumkan dengan tujuan mereka yang sedang bergolak dan bermasalah dengan UMNO tidak lagi memberi fokus kepada Muhyiddin dan mula memikirkan orang lain untuk di angkat menjadi Perdana Menteri, yang pada perkiraan Mahathir sudah pasti mereka akan memilih calon yang paling hampir dengan dirinya ia itu Muhkriz.
Tup-tup Muhyiddin yang sudah bersedia untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri telah menyusun rancangan dan berharap dengan keluarnya dari UMNO dan kemudiannya menubuhkan parti baharu maka besar harapannya untuk di pilih menjadi Perdana Menteri tanpa menyedari plan rancangan Mahathir.
Dengan bantuan dari Mahathir yang mempunyai pengalaman menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tanpa menyedari sebarang muslihat telah bersetuju untuk menjadi Presiden parti baharu dan Mahathir dilantik menjadi Pengerusi dengan tujuan akan bertindak sebagai penasihat parti.
Memang persetujuan Mahathir untuk menyertai Muhyiddin sebagai pengerusi atau penasihat parti sangat menyenangkan Muhyiddin yang tidak menyangka bahawa apa yang akan berlaku adalah diluar perancangan asal penubuhan parti bunga yang mana dilihat kini Mahathir telah bertindak lebih sudu dari kuah.
Namun tindakan kepimpinan pakatan pembangkang sebaik sahaja parti bunga menyertai kumpulan pembangkang telah mengejutkan Muhyiddin dari mimpinya untuk menjadi Perdana Menteri, setelah dipersetujui bahawa Mahathir adalah yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menjadi kerajaan.
Yang paling mengejutkan Muhyiddin ialah bila mana musuh paling ketat suatu ketika dahulu terhadap Mahathir yang begitu beria mahukan Mahathir diangkat menjadi Perdana Menteri, satu kerja gila yang orang gila pun belum tentu mahu melakukannya.
Setelah berjuang sebegitu lama mahu menjatuhkan Mahathir malah sahingga sanggup disumbatkan kedalam ISA sebagai tahanan tanpa bicara atau tahanan politik, tiba-tiba sangup menelapak dan sujud mencium kaki Mahathir dan mahukan Mahathir menjadi Perdana Menteri semula, apa punya gila yang ada dalam pembangkang ini pun kita tidak tahu.
Namun Mahathir tetap Mahathir nasfu serakahnya tidak dapat dibendung, nafsu yang terbentuk dari pelbagai rancangan yang terbengkalai, walaupun di tentang oleh sebahagian pemimpin dari PKR malah dari kepimpinan parti bunga sendiri namun dengan sokongan parti resis DAP, maka Mahathir tidak melihat pemilihan dirinya sebagai Perdana Menteri pembangkang bukan sebagai sesuatu perkara yang pelik atau ajaib.
Penyokong pakatan pembangkang termasuk parti Muhyiddin agak berang dengan tindakkan Mahathir yang dikatakan masih syok sendiri untuk menjadi Perdana Menteri, Mahathir kini telah menguasai parti bunga dan berjaya mengenepikan Muhyiddin.
Mahathir telah berjaya ‘hijack’ atau menguasai pakatan pembangkang dan sekali gus bakal menghalang cita-cita Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri dan telah memberi harapan kepada Muhkriz untuk mencuba nasib dalam pertarungan menjadi Perdana Menteri.
Walaubagaimana pun Muhkriz harus berdepan dengan Anwar Ibrahim, Nurul Ezzah, Guan Eng selain Muhyiddin yang juga mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, mereka yang terlebih dahulu telah perperang bereformasi dengan tujuan menjatuhkan Mahathir yang dahulu mereka gelarkan sebagai Mahafiraun dan Mahazalim, kini bakal mereka sanjung semula sebagai Perdana Menteri.
Namun percayalah bahawa Muhyiddin dalam diam tidak bersetuju Mahathir menjadi calon Perdana Menteri, tidak pernah ada idea untuk melantik Mahathir sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin tidak mahu Mahathir berada didalam dan menguasai parti kerana dengan adanya Mahathir didalam parti akan menjadi penghalang kepada idea-idea dan cita-cita Muhyiddin.
Pemilihan Mahathir adalah perkara yang tidak akan dilakukan oleh mereka yang siuman, selain dari mereka yang mempunyai nasfu serakah gila.

Sunday, 28 January 2018

MCA: DAP DAN PKR MENGUNDANG KEMBALINYA MAHATHIRISME?


KALAU dahulunya pergerakan reformasi Anwar Ibrahim dan ‘Malaysian Malaysia’ pemimpin DAP Lim Kit Siang beria-ia mahu menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri atas sebab Mahathir memerintah dengan kuku besi. 

Beliau disabit mangamalkan kronisme, ketagih projek-projek mega raksasa, mengamalkan rasuah dan salahguna kuasa yang membebankan rakyat dan negara. 

Kini reformasi sudah tidak bermaya berhadapan dengan Mahathir dalam Pakatan Harapan mereka dan api perjuangan yang berkobar-kobar dahulunya telah menjadi reforMATI. 

Bagi puak Kit Siang pula, DAPist tidak lagi melaung-laungkan prinsip perjuangan mereka untuk sebuah negara demokrasi sosialis berdasarkan prinsip sama-rata, hak asasi dan keadilan sosial atas landasan ‘Malaysian Malaysia’. 

Peliknya kedua-dua puak ini telah memprovokasi rakyat semua lapisan untuk berjuang sehingga sanggup menggadai nyawa, sumber dan tenaga untuk menjatuhkan pemerintahan Mahathir yang kononnya merupakan perdana menteri yang paling kejam, paling kuat rasuah dan akan memufliskan negara dengan penyalahgunaan kuasa mutlaknya. 

Bagi Anwar dan reformasi, golongan dan lapisan pemuda idealistik yang inginkan perubahan menjadi sasaran mereka. 

Ramai yang mendapat pendidikan agama, yang berdakwah dan percaya pada nilai-nilai murni dan dahagakan nilai-nilai suci tidak sanggup melihat negara ini terus dibelenggukan dengan pemerintahan Mahathirisme yang telah disamakan dengan segala kekejaman, kezaliman dan ketidakadilan semasa. 

Puak Lim Kit Siang dan DAP pula mempersoalkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan rasmi agama Islam yang termaktub dalam perlembagaan. 

MCA dipersalahkan, dipersendakan dan dihina sebagai parti yang berdosa pada orang Cina dan etnik-etnik lain kerana menggadaikan hak mereka dan bersetuju dengan keistimewaan orang Melayu dan pribumi Sabah/Sarawak. 

Selama beberapa dekad sejak kemerdekaan dan khususnya semasa pemerintahan Mahathir, DAP telah membelasah MCA yang dituduh mengorbankan hak kesamarataan yang DAP perjuangkan. 

Mahathir dilakar sebagai seorang diktator yang tidak demokratik dan MCA dituduh sebagai parti pencacai yang ingin menjawat kedudukan Menteri sehingga sanggup mengenepikan haksamarata orang Cina dan kaum lain dengan orang Melayu. 

DAP telah terus relevan sebagai parti politik yang menjadi parasit ke atas sentimen perkauman (khususnya masyarakat Cina) dengan menjadikan kawasan majoriti Cina sebagai sasaran kubu politik mereka. 

Sentimen perkauman dan chauvinisme mereka begitu tebal sekali sehinggakan DAP boleh meletakkan siapa-siapa sebagai calon mereka tanpa profil atau sumbangan politik dan DAP akan tetap menang dengan senang sekali di kawasan ini. 

Itulah kekebalan DAP di kawasan majoriti Cina kerana eksploitasi emosi perkauman kelampauan. 

Hari ini segala-galanya menjadi nyata dan hati sebenar pemimpin-pemimpin ini terbongkar. Rupa-rupanya Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim cuma bermain politik dan mempermainkan penyokong-penyokong mereka semata-mata. 

Segala prinsip perjuangan mereka adalah satu helah penipuan politik sahaja. Prinsip-prinsip laungan mereka adalah semata-mata untuk menggerakkan naluri, imaginasi dan emosi penyokong mereka yang telah menjadi boneka politik yang boleh dikorbankan. 

Kepercayaan dan harapan mereka pada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dihampakan apabila mereka berpakat untuk mengembalikan Mahathir untuk menjawat kedudukan perdana menteri semula sekiranya Pakatan menang dalam pilihan umum ini. 

Jari kuku besi Mahathirisme telah menular dan mencakar dengan mainan, “manoeuvre” atau manipulasi politik dalam parti PPBM dan seterusnya Mahathirisme sekali lagi bermaharajalela semula tetapi kali ini tidaklah dalam Umno tetapi dalam gabungan Pakatan Harapan yang mana penyokong-penyokong DAP dan PKR ditelan bulat-bulatnya. 

Bermula dengan penubuhan parti PPBM , dimana penyokong-penyokong Muhyiddin Yassin beranggapan bahawa Presiden PPBM adalah “top dog” mereka terkejut apabila Mahathir yang meletakkan diri sebagai Pengerusi PPBM telah meminggirkan Presiden parti. 

Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PPBM Kamarulazman Habibur Rahman telah mengatakan Mahathir telah berjaya merampas kuasa dari Muhyiddin Yassin yang telah dijadikan “pawn” yang boleh dikorbankan dalam percaturan politik Mahathir. 

Setelah itu satu demi satu pemimpin yang percaya dan meletakkan harapan mereka pada Muhyiddin dan tidak boleh menerima kembalinya Mahathirisme telah meninggalkan parti. 

Kembali kita kepada maruah PKR dan DAP yang berkecai apabila mereka tanpa segan-silu telah memeluk kembali Mahathirisme dengan menjadikan Mahathir calon perdana menteri mereka. 

Inilah prinsip perjuangan pemimpin reformasi dan ‘Malaysian Malaysia’ rupa-rupanya! Maka kita tidak kedengaran laungan reformasi dan Malaysian Malaysia akhir-akhir ini. 

Bagi penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang telah ditipu selama berdekad, biarlah saya mengubati hati mereka dengan peribahasa Cina ini: 

Lù yáo zhī mǎ lì,rì jiǔ jiàn rén xīn (路遥知马力,日久见人心 ), yang bermaksud jarak perjalanan akan menentukan kekuatan seekor kuda, manakala masa pula akan membongkar keikhlasan seseorang pemimpin kita. 

Oleh: Ti Lian Ker
Ti Lian Ker merupakan pemerhati politik dan ahli Jawatankuasa Pusat MCA

SAKIT

Suatu hari Rasulullah  SAW didatangi oleh seorang bapa dan anak gadisnya.

Si bapa meminta Rasulullah SAW utk menikahi anak gadisnya kerana anak gadisnya tidak pernah sakit sejak kecil lagi.

Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda diberitahu oleh malaikat Jibril utk menolaknya kerana tidak ada kebaikan dlm diri anak gadis itu.

Sungguh besar hikmah yg tersirat di sebalik sakit. Ia membawa banyak kebaikan. Bahkan kebanyakan ulama mengatakan orang yg sedang sakit sedang dicintai oleh Allah.

Pertama, sakit itu zikrullah. Orang yg sedang sakit kebiasaannya akan selalu mengingati Allah dibandingkan semasa sihatnya.

Kedua, sakit itu istighfar. Orang yg sedang sakit akan teringat segala dosa yg pernah dilakukannya, sehingga lisannya akan terbimbing utk selalu beristighfar dan memohon keampunan drp Allah.

Ketiga, sakit itu tauhid. Bukankah ketika sedang rasa teramat sakit, akan bergema dua kalimah syahadah?

Keempat, sakit itu muhasabah. Orang yg sedang sakit mempunyai banyak masa utk merenung diri, menghitung apakah amalan telah cukup dikumpulkan utk kembali menghadap Ilahi.

Kelima, sakit itu jihad. Orang yg sedang sakit diwajibkan terus berusaha dan berikhtiar utk sembuh drp penyakitnya.

Keenam, sakit itu ilmu. Ketika sakit, kita akan berusaha mencari penawar utk merawat penyakit.

Ketujuh, sakit itu nasihat. Orang yg sakit mengingatkan yg sihat supaya sentiasa menjaga kesihatan. Yg sihat menghiburkan yg sakit supaya banyak bersabar. Allah mengasihi dan mencintai kedua-duanya.

Kelapan, sakit itu silaturrahim. Ketika sakit, keluarga yg jarang bertemu akhirnya datang menziarahi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan.

Kesembilan, sakit itu menggugurkan dosa. Orang yg sedang sakit, sesungguhnya dia sedang diuji. Ujian itu menggugurkan dosa.

Kesepuluh, sakit itu memustajabkan doa. Sesungguhnya doa orang yg sedang sakit mudah dimakbulkan Allah. Maka saat kita menziarahi orang sakit, di samping kita mendoakannya maka mintalah doa drpnya. Imam As-Suyuthi  selalu mengelilingi kota mencari orang yg sakit lalu beliau minta didoakan.

Kesebelas, sakit itu salah satu keadaan yg menyusahkan syaitan. Orang yg sedang sakit semestinya tidak mampu dan tidak mahu utk melakukan maksiat.

Kedua belas, sakit itu membuatkan sedikit ketawa dan banyak menangis. Perbuatan yg disukai oleh para Nabi dan makhluk di langit.

Ketiga belas, sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk dan sujud lebih khusyuk, tasbih dan istighfar lebih kerap, doa dan munajat lebih lama.

Keempat belas, sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi santun, lembut dan tawaduk.

Kelima belas, dan akhirnya sakit menyebabkan kita selalu ingat pada kematian.

Saturday, 27 January 2018

KURANG AJAR, PEMIMPIN HIMPUNAN BERSIH TUDUH AL-QURAN KITAB CETAK ROMPAK

Clement Chin, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak, dengan 70% isi kandungannya dicedok daripada cerita-cerita lama yang ada sebelum kewujudan Islam itu sendiri.
Tuduhan tidak bertanggungjawab itu merupakan antara sebahagian daripada kenyataan beliau yang mengandungi sentimen-sentimen negatif terhadap Islam yang kerap beliau hasilkan menerusi aplikasi media sosialnya, facebook. Clement Chin berkata, “Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70% cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru.”
Beliau yang pernah terlibat dalam aktiviti untuk mengedarkan kitab-kitab Bible dalam laci hotel-hotel sewaktu berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan ini juga menuduh kitab suci umat Islam tersebut telah diubah berkali-kali dalam tempoh ratusan tahun ini hanya untuk menjadikannya bermelodi dan mudah bagi dihafal.
Dakwa Clement Chin, “Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran?”
“Al-Quran telah banyak kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-berkurun ini bagi menjadikannya “bermelodi” dan mudah untuk dihafal.”
Meskipun Clement Chin sendiri telah berulang kali memperjuangkan hak penganut Kristian di Malaysia untuk bebas seperti umat Islam untuk menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka, beliau menuduh Nabi Muhammad sebagai sesat kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan — yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Mekah.
Tegas beliau, “Agama Kristian telah wujud di Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jadi sekiranya Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu bahawa nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah “Yasu” dan dia patut tahu nama sebenar Tuhan ialah “Yahwah” dalam Hebrew dan ilah dalam bahasa Arab dan Elah dalam Aramaik kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah menggelarkan Tuhan mereka sebagai Allah.”
“Perkataan Allah datang daripada asal pagan masyarakat Mekah dimana ayah Muhammad “Abd-Allah” merupakan seorang penyembah berhala yang tegar.”
Clement Chin yang pernah mengumumkan bahawa Himpunan Hijau adalah sebagai sebahagian daripada BERSIH itu juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal sebagai tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.
eliau berkata, “Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi “lebih tinggi”. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh “bulan”? Perhatikan dengan dekat kepada masjid-masjid di seluruh dunia, dan kamu tentu akan dapat menjumpai simbol Hubal, bulan sabit, diletakkan di bahagian yang paling tinggi di masjid.”
“Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk menyembah Hubal. Namun, yang menariknya, melalui Islam, doa pagan musuh Muhammad, Abu Sufyan telah dimakbulkan, “O Hubal, meninggilah”.”
Aktivis Kristian ini juga menuduh negara-negara Islam sebagai bermasalah kerana tidak memberi hak untuk mengkritik agama Islam, kitab suci al-Quran dan Nabi Muhammad.
Clement Chin mendakwa, “Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara-negara Muslim hari ini adalah kegagalan untuk menguruskan hak asasi manusia, kerana Islam tidak mengiktiraf hak sama rata bagi kaum wanita, minoriti dan hak untuk kebebasan beragama, atau hak untuk mengkritik Islam, Quran, atau Muhammad.”
“Di mana Islam berkuasa, hak asasi manusia akan disekat atas nama ideologi agama.”
Malaysian Access

DAP LABEL MAHATHIR MURTAD, DIKTATOR DAN MAHA FIRAUN !!!


TERKEJUT saya bila membaca tulisan editor akhbar rasmi DAP, Roketkini, Izmil Amri Ismail, bertajuk “Mahu Menang Bersama Dr Mahathir, Atau Tewas Di Tangan Najib?” pada 19 Januari 2018 yang menyebut “Dr Mahathir sudah murtad daripada perjuangan Umno yang dibinanya selama puluhan tahun” dan mengibaratkan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan seperti “Pope masuk Islam” kerana kedua-dua pernyataan ini, iaitu 'murtad' dan 'Pope masuk Islam', seringkali dikaitkan dengan konotasi keagamaan. 

Menyebut “Dr Mahathir sudah murtad daripada perjuangan Umno yang dibinanya selama puluhan tahun” dan mengibaratkan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan seperti “Pope masuk Islam” adalah satu perbuatan yang sangat tidak sensitif oleh akhbar rasmi DAP ini.
Begitu juga dengan rumusan Izmil Amri di dalam tulisannya itu yang berbunyi: “Maka pilihannya mudah sahaja. Tidak ada lain, kita mesti menang. Rakyat mesti menang. Dan kalau kemenangan itu diusung mantan diktator tua, si mahafiraun yang kita benci; apakah kita akan menangguhkan kemenangan sekali lagi, dan membiarkan rejim terus ketawa untuk seribu tahun lagi?”
Bila akhbar rasmi DAP sendiri menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai 'mantan diktator tua' dan 'si mahafiraun yang kita benci' maka jelaslah betapa sangat hinanya Tun Dr Mahathir di mata DAP dan betapa DAP sebenarnya hanya mahu mempergunakan Tun Dr Mahathir sebagai alat yang terpaksa digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sahaja.
Dengan penghinaan sebegini teruk yang ditunjukkan oleh DAP terhadap Tun Dr Mahathir ini, tidak sukar untuk diagak ke mana Tun Dr Mahathir akan dilemparkan nanti setelah DAP mencapai hajat yang ia mahukan dari beliau. 
HARAKAHDAILY 21/1/2018

Friday, 26 January 2018

KENYATAAN MUFTI PERLIS USTAZ ASRI ZAINAL ABIDIN DITUJUKAN PADA HADI AWANG DAN KUNCU-KUNCUNYA.

Apakah Yang Mengelirukan?

Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad. Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas. Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman. Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam.

Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi. Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka. Dunia Islam hari ini dipandang hina bukan kerana pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam atau tidak dipancung orang murtad. Dunia maju yang bermatian pelarian muslim lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut. Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak 'menebang balak' sesuka hati. Amanah harta pemimpin mereka jauh lebih baik dari kebanyakan negara umat Islam. Rakyat mereka hidup dengan banyak hak dan kebajikan dijaga.

Sejak bertahun lamanya saya telah memberikan pandangan yang sama. Bukan baru. Dukacitanya, dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud. Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini sebenarnya menjadikan dunia membenarkan dakwaan Donald Trump. Kata pemimpin tertentu parti berkenaan pandangan saya itu mengelirukan dan ada unsur liberal.

Saya ingin beritahu beliau, sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik. Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu? Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.

Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama. Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.

Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!
Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.

Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan 'selesai masalah pengangguran dulu baru hudud'. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.
Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!

Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan.

Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila 'angin politik' anda berubah?!
Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain.

TUN MAHATHIR : - BERSATU VS BERPECAH !!!

Akhir-akhir ini banyak sekali admin membaca tulisan-tulisan dari sebelah Pakatan Harapan yang banyak mengagung-agungkan Mahathir kononnya disebabkan Mahathir lah pembangkang bersatu dan berada didalam satu saf yang kononnya bersungguh-sungguh melawan Umno/Bn. Tapi sebaliknya bait-bait perpecahan akar umbi semakin kian membarah didalam Pakatan Harapan

Terbaru disebabkan kecewa dengan PKR yang terlebih mengagung-agungkan Mahathir, lebih 200 ahli PKR keluar parti.


Bijak Mahathir satukan pembangkang dan pecahkan pembangkang dari dalam.

Bekas penolong ketua Cabang PKR Jelutong, yang menyertai PKR sejak PRU 2008 berkata ‘Reformasi’ telah menyimpang dari laluan awalnya, selepas parti Keadilan mula bekerjasama dengan Mahathir dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mengulas lanjut, Boon Miin berkata mereka yang memutuskan untuk meninggalkan parti juga kecewa dengan perbalahan dalaman Pakatan Harapan, dengan jelas menunjukkan tanda-tanda keretakan dan kurangnya persefahaman antara satu sama lain.
#retak menanti belah

Thursday, 25 January 2018

PERBAIKI HATI, MUHASABAHI DIRI

Hotel yang sama, bilik yang sama, tetapi dua harga yang berbeza..kenapa bayar lebih?? Anda boleh mencari hotel ideal anda di Trivago..Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik...Hotel?? Trivago..

Bagaimana pula dengan ini ?

Kubur yang sama, tanah yang sama. Tetapi, dua keadaan yang berbeza. Kenapa dosa lebih? Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha. Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta-juta jenis dosa.Anda boleh mencari kubur anda dengan amalan pahala terbaik. Kubur?  Taubat nasuha.

Jom bersihkan hati.. hati bersih hidup bahagia..

1. Jangan cari salah orang...Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.

2. Jangan hina orang... Allah tak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang... Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jangan perlekehkan orang...Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang...Mana tau masa depan org yg kita kata itulah yg akan tolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang...Doa org yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita...Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yg kita ada... Allah boleh tarik bila2 masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita... Allah buatkan rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita... Allah tahu apa yang terbaik utk hambaNya.

Renung2kanlah & sama-sama kita Muhasabahi diri..

SERANGAN TERANCANG TUN MAHATHIR TERHADAP DS NAJIB

Sebelum Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mahathir meluluskan lesen judi kepada Vincent Tan dan meluluskan juga pembinaan Jambatan bengkok di tambak Johor.

Walaubagaimana pun apabila Tun Abdullah menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdullah membatalkan lesen judi itu dan juga tidak meneruskan projek jambatan bengkok tersebut . 

Tun Abdullah yang mempelupuri Islam hadhari semestinya menolak lesen judi itu dan bagi jambatan bengkok di tolak oleh Tun Abdullah kerana Tun tidak mahu menerima permintaan pihak Singapura bagi membenarkan ruang udara Malaysia untuk latihan kapal tentera udara Singapura walaupun mengikut rekod Mahathir pernah bersetuju membenarkan ruang udara Malaysia itu kepada pihak Singapura. Juga Tun Abdullah menolak penjualan pasir Malaysia ke Singapura. 

Alasan ketiga ialah nasihat daripada Peguam Negara bahawa tidak mungkin kita dapat melaksanakan pembinaan Jambatan bengkok itu tanpa persetujuan pihak Singapura. Mahathir mula menyerang Tun Abdullah sehinggalah Barisan Nasional kalah di 5 Negeri dan memaksa Tun Abdullah meletak jawatan.

Apabila DS Najib menjadi Perdana Menteri, Mahathir mengharapkan lesen judi dan projek Jambatan bengkok di teruskan termasuk permintaan Mahathir untuk Kerajaan menyuntik dana kepada Proton yang di miliki oleh DRB Hicom . Bila DS Najib tidak mengikut kehendak Mahathir tentang Isu di atas dan kekalahan Mukhriz untuk mendapat tempat sebagai Naib Presiden UMNO , Mahathir mula merancang untuk menjatuhkan DS Najib dengan memulakan kempen memburuk-burukkan Perdana Menteri pada secara terancang .

Mahathir mengunakan rakan-rakannya seperti Tun Daim , Zainuddin Mydin , Kadir Jasin , Sanusi Junid untuk menyerang DS Najib . Rancangan ini di katakan bermula pada awal tahun 2014 dan Mahathir menamakan sebagai Menyelamatkan Malaysia. 

Mahathir mula memburuk-burukkan Negara dan menfitnah DS Najib dengan fitnah yang begitu buruk sekali. Di luar Negara Mahathir menyerang DS Najib dengan mengunakan Serawak Report dan Wall Street Journal (WSJ ) yang  berkait dengan Claire pemilik Serawak Report. Mahathir dapat menyakinkan puak-puak pembangkan bahawa serangan keatas DS Najib adalah perjuangan yang akan menyelamatkan Malaysia dari kehancuran dan menjadi bangkrap. Pelbagai fitnah di cipta dan berita di putar belitkan oleh Serawak report dan WSJ. 

Kononnya Negara ini mengamalkan dasar yang membenarkan pemerintah mencuri duit Negara sebagai Negara Kleptocracy . Tun Daim turut menyerang DS Najib dengan mendakwa DS Najib bukan seorang pemimpin yang baik dan akan menyebabkan Negara ini bangkrap dan sebagai bukti Negara akan ke arah kehancuran apabila Ringgit jatuh dan Ringgit akan jatuh bawah Rm4.30/ 1 USD pada akhir tahun 2017 .Mahathir terang-terang menuduh DS Najib sebagai pencuri dan penyamun. Sistem percukaian GST juga dikatakan sebagai membebankan rakyat dan rakyat di seru bangkit untuk menentang Kerajaan dengan dakyah GST ini akan menyebabkan kehidupan rakyat menjadi sensara dengan bebanan GST . Hutang Negara di katakan begitu tinggi dan tidak terkawal di sebabkan oleh pengurusan Kerajaan Kleptocracy yang akan mengakibat Negara menjadi Negara yang gagal.

Mahathir mengerakkan Deklarasi Rakyat dengan menghasut rakyat untuk membenci DS Najib dan juga menyeru rakyat supaya menolak Kerajaan Barisan Nasional. Bagi membuktikan rakyat menolak Kerajaan satu juta lebih tanda tangan di kumpulkan dan di serahkan kepada Yang Di Pertuan Agong. Isu siasatan Department of Justice ( DOJ ) ke atas sejumlah wang yang di kaitkan dengan 1MDB yang mana mereka menfitnah DS Najib mencuri wang tersebut telah di guna pakai untuk membeli harta , jet , kapal peranginan dan sebagainya. Puak yang berkait dengan Mahathir mereka-reka money trail seolah-olah wang di curi dari 1MDB oleh DS Najib .

Apakah Negara kita akan bangkrap seperti mana yang di dakwa oleh Mahathir dan sekutunya . Jawapannya jauh sekali . Pertumbuhan ekonomi yang baik tahun lepas dan  kini, juga petunjuk peningkatan saham sebanyak 10% tahun lalu di Bursa Saham Malaysia yang tertinggi di Asia dan kenaikan Ringgit di bawah paras Rm3.96/ 1USD jelas memberi petunjuk pengukuhan ekonomi Negara dan jauh sekali dari menjadi bangkrap.

Sebenarnya Malaysia tidak akan bangkrap jika kita berpandu pada sejarah di mana pada Tahun 90an nisbah hutang Negara pada ketika itu ialah 103% . Sekarang ini nisbah hutang Negara ialah 50% . Di masa nisbah hutang Negara kita 103% kita tidak bangkrap apakah apabila nisbah hutang Negara kini 50% kita akan bangkrap?

Berkaitan dengan sistem percukaian GST sebenarnya tidak akan membebankan rakyat bawahan kerana segala keperluan asas seperti makanan tidak kenakan GST begitu juga bidang pendidikan dan kesihatan . Sebenarnya pada tahun 2014 dengan sistem SST , Negara dapat mengutip cukai sebanyak Rm 14.5 billion sementara pada tahun 2016 apabila kita mengunakan GST , Negara dapat mengutip Rm42 billion . Bayangkan berapa banyak ketirisan cukai yang di sembunyikan oleh perniaga-perniaga dapat di bendung. Dengan dana kutipan cukai GST inilah Kerajaan dapat menyalurkan balik kepada pembagunan dan perkhimatan pada rakyat seperti hospital , jalanraya , sekolah-sekolah dan sebagainya.

Apakah DS Najib terlibat dalam mencuri wang 1MDB. Jawapannya tidak sama sekali . Sebenarnya cerita itu di putar belit oleh Serawak Report dan WSJ dan puak2 Pakatan Haprak yang di siasat oleh pihak DOJ bukanlah wang 1MDB. DS Najib telah mengarahkan siasatan di buat oleh PAC yang juga diangotai oleh wakil dari parti pembangkan dan hasil siasatan mendapati 1MDB tidak mengalami kehilangan wang satu sen pun . Ini telah dinyatakan sendiri oleh Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw dari parti DAP . Pengeritik hebat 1MDB dari DAP , Tony Pua juga merupakan angota PAC .

Wang yang di kaitkan dengan 1MDB yang di siasat oleh DOJ itu adalah wang milik Jho Low . Jho Low adalah seorang yang mempunyai kepentingan perniagaan di Abu Dhabi . Jho Low merupakan kenal Riza Aziz anak tiri DS Najib . Sebagai seorang ahli perniagaan Jho Low yang berurusan dengan PetroSaudi telah memperkanal syarikat PetroSaudi itu kepada pihak 1MDB . Hasil daripada perbincangan perniagaan di antara 1MDB dengan PetroSaudi satu perjanjian usahasama pelaburan di tanda tangani dan sebagai memenuhi syarat perjanjian 1MDB membayar PetroSaudi sebanyak USD 1 billion dimana di atas arahan PetroSaudi sebanyak USD700 juta di bayar kepada Goodstar syarikat milik Jho Low yang beribu pejabat di Hong Kong . Walaubagaimana pun perjanjian usahasama telah di tamatkan dan PetroSaudi telah memulangkan wang pelaburan 1MDB sebanyak USD 1 billion. Bermakna wang USD700 juta itu bukan milik 1MDB dan siasatan DOJ itu tiada kaitkan dengan 1MDB atau MO 1 tetapi milik Jho Low. Juga ini mengesahkan bahawa tidak ada langsung bagi 1MDB kehilangan wang .

Tanda tangan sebanyak 1 juta lebih yang di serahkan oleh Mahathir kepada AlMarhum Yang Di Pertuan Agong ternyata palsu.

SERANGAN IBLIS PADA BADAN MANUSIA

Daripada sebuah hadis, yang bermaksud:

"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada iblis.., 
"Wahai iblis, siapakah orang yang paling kamu suka?" 

Jawab iblis dengan panjang lebar: "Orang yang sangat aku suka ialah lelaki atau wanita yang tidak mahu mencukur bulu ari-arinya (kemaluannya) dalam tempoh 40 hari. Aku akan duduk di situ mengecilkan diriku seperti kutu. Aku membuat sarang di sana, dan aku juga bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiaknya yang tidak dicukur atau tidak dicabut dalam masa 40 hari".

"Nabi saw telah menasihati kami agar merapi misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim)

1. Potong: Memotong atau memendekkan atau trim misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.

3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

Wednesday, 24 January 2018

LUAHAN HATI MELAYU SINGAPURA – PELAJARAN BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA

Artikel kiriman pembaca ini boleh ditafsir dari berbagai sudut mengikut tahap pemikiran dan haluan politik pembaca. Ia dikongsikan sebagai mengulas ucapan PM Singapura menjelang Pilihanraya Umum negara Singa itu sebelum ini yang tersiar baru-baru ini. Kami tidak berminat mengulas apa yang berkaitan dengan scenario politik Malaysia walaupun isi penulisan ini kelihatan ada kaitannya.

Sebenarnya apa yang diluahkan oleh rakyat Singapura ini sememangnya ‘berdetik’ di hati saya sewaktu menonton video yg turut disertakan sebelum ini. Terasa kasihan juga melihat wajah-wajah ‘MELAYU SINGAPURA’ yang sedang ‘digula-gulakan’. Sama sahaja situasinya dengan ragam ‘gula-gula’ pilihanraya di negara kita atau di mana sahaja di dunia ini. Tetapi situasi di Singapura ini kelihatan lebih menyedihkan atas konteks melayu.

Saya padankan isi surat ini dengan luahan hati beberapa rakyat Melayu Islam Singapura yang merasa amat tertekan lalu memohon kerakyatan Malaysia. Ada lebih 60,000 orang Melayu Singapura memohon kerakyatan Malaysia katanya. Perbualan dengan rakyat Singapura itu amat panjang dan ada rakaman videonya. 

Kemudian kami tanyakan pula dengan beberapa warga Johor yang ‘biasa’ dengan situasi ini, samada kerana mereka bekerja di sana atau mempunyai ramai sanak saudara di Singapura.

Walau siapapun kita, mari sama-sama kita nilai dan pertimbangkan betul salahnya. Bersyukur kita menjadi Rakyat Malaysia. Mari sama-sama kita renung dan cari jalan untuk menjadikan Malaysia lebih makmur dan aman selepas ini.

WARGA PRIHATIN 

*******
NOTE: SAYA BETULKAN SEDIKIT SEBANYAK EJAAN DAN SHORTFORM YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMUDAHKAN PEMBACAAN. 

Selama ini Singapore tidak galakkan sesiapa cakap bahasa lain kacuali bahasa IBUNDA SINGAPORE iaitu bahasa INGGERIS. Tahun ini orang Melayu Singapore pun terperanjat dan 'confused'. 

Untuk pengetahuan semua, Singapore mahu cuba tarik pengundi Melayu dalam pilihanraya akan datang ini. Ramai Melayu dan anak2 muda di sana telah mengundi pembangkang. 

Yang PM Lee kata pasal 2 orang PILOT, itulah saja pilot Melayu yang mereka ada di RSAF. Selama ini RSAF tidak boleh ambil pilot Melayu. Melayu hanya boleh jadi tukang masak, maintenance atau pencuci kapal terbang sahaja. Army dalam 'Special Force' pun Melayu tidak boleh masuk. 

Kenapa saya boleh kata begitu? Saya berkerja di NATIONAL SAFETY COUNCIL OF SINGAPORE selama 6 tahun. Kami yang menjaga semua urusan Singapore Security Forces termasuklah, Army, RSAF, Polis, JPJ dan Traffic Police. 

Pasal masjid, Mendaki etc, yang disebut oleh PM Lee, ingin saya beritahu semua bahawa SEMUA warga Melayu/Islam Singapura di  WAJIBkan menyumbang dengan potongan gaji setiap bulan ke tabung Mendaki, Masjid etc. Jadi, semua pembinaan atau jagaan masjid di tanggung oleh orang Melayu / Islam sendiri. 

Orang sering cakap Singapore negara terkaya di dunia. Jawapannya Singapore di'control' oleh PAP. Bahasa mudah bagi kami rakyat Singapore, PAP bermaksud, "PAY AND PAY". 

Mana ada government clinic atau hospital lagi. Semua telah di‘privatise’kan. Warga Singapore WAJIB ada Insuran Medisave dan Medishield sebelum masuk hospital. Dah pergi check doktor, dapat prescription ubat, kena pergi beli sendiri ubat2 itu di farmasi. 

Semua pekerja kena potong gaji setiap bulan untuk biaya rawatan. Bagi orang tua-tua yang tidak mampu, anak-anak kena tanggung bayar. Kalau tidak, sakit sampai mati pun mereka tidak perduli. 

Berbeza di Malaysia. Pergi klinik kerajaan hanya bayar RM1 dan SEMUA TANGGUNG BERES. 

'Carpark' di  HDB (rumah mampu milik), rumah kerajaan, bayaran bulanannya sekarang ialah S$120 untuk open space atau $180 untuk ‘multi story carpark’. Duit tong sampah wajib bayar ikut saiz rumah setiap bulan. Belum lagi bil api, air, cable vision, cukai pintu dan cukai tahunan. Rumah flat lama yang mahu di  perbaharui harus ditanggung sendiri oleh rakyat. 

CPF hanya boleh dikeluarkan 10% sahaja bila genap usia 65. Setiap orang mesti ada duit simpanan dalam CPF kerana kerajaan tidak mahu tanggung orang Singapore. Setiap bulan pula hanya boleh keluarkan  $280-$450 sahaja bergantung berapa banyak kita ada simpanan dalam akaun CPF itu. 

Untuk beli kereta kena beli COE (Certificate of Entitlement). Selepas 1 tahun, WAJIB pergi inspection untuk baharui roadtax. Singapore tidak boleh ada kereta buruk atas jalanraya. Sebelum 10 tahun kereta mesti dijual. Kalau tidak, selepas 10 tahun ia hanya laku $2,000 sebagai besi buruk saja kerana sudah dianggap tidak harga jualan lagi. Kalau mahu maintain pula kena bayar tambahan road tax 50% lebih tinggi. 

Ketika saya tinggal di Singapore (sebelum 1997), road tax 1000cc ialah $1300 setahun dan insurance premium $1300. Jumlahnya $2600 setahun untuk 1000cc. Road tax tinggi kerana rakyat dipaksa membiayai ‘maintenance’ jalanraya sendiri. 

Pernah ke orang Malaysia terfikir, apabila membeli rumah HDB di Singapore, semua yuran guaman harus dibayar kepada “Lee & Lee Associate”, iaitu Syarikat PM Lee dan family. Dari zaman bapanya Lee Kuan Yew hingga ke hari ini. Kalau S&P dan legal dibayar atas syarikat Perdana Menteri Malaysia, tentu teruk PM Malaysia kena belasah dengan pembangkang. 

Sekarang PAP nak pengaruhi rakyat Malaysia pula. Mereka mahu beritahu jika DAP menjadi Kerajaan baru di Malaysia, DAP juga mampu ubah Malaysia menjadi seperti Singapura. Di Gelang Patah, Johor, PAP lah yang membantu DAP Lim Kit Siang untuk menang. 

Kenapa saya cakap begitu? Kerana sebagai pekerja kerajaan di Singapore, saya diwajibkan masuk PAP, dan saya juga terlibat dalam politik PAP. Atas sebab keahlian PAP jugalah saya boleh bekerja di National Safety Council of Singapore.

____________
Admin alu alukan perkongsian ikhlas dari masyarakat Singapura dalam mengesahkan atau menafikan isi coretan hamba Allah ini. 
Bersyukurlah apa yg kita ada wahai orang Melayu rakyat Malaysia