ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TIADA KEPERLUAN PANGGIL GABENOR BANK NEGARA & BEKAS CEO 1MDB - PENGERUSI PAC

Tuesday 9 February 2016

TIADA KEPERLUAN PANGGIL GABENOR BANK NEGARA & BEKAS CEO 1MDB - PENGERUSI PAC


Tidak ada keperluan bagi Jawatankuasa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd. Hazem Abdul Rahman dalam prosiding terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin berkata, segala isu ketika Mohd. Hazem menjadi CEO 1MDB sudah dijawab oleh Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin ketika prosiding pada 19 dan 20 Januari lalu.
Katanya, sebagai Pengerusi 1MDB, Lodin bertanggungjawab untuk mengetahui secara mendalam operasi syarikat.
Sehubungan itu, semua maklumat dan jawapan yang diberikan Pengerusi 1MDB sudah mencukupi untuk PAC membuat rumusan berhubung dengan urus tadbir 1MDB.
"Saya sudah memaklumkan pada prosiding PAC lepas bahawa prosiding membabitkan Tan Sri Bakke Salleh dan Datuk Shahrol pada 11 dan 12 Februari ini adalah yang terakhir di bawah tajuk Pengurusan Kawalan Urus Tadbir Syarikat 1MDB.
"Ia memandangkan prosiding membabitkan syarikat 1MDB ini sudah berlarutan lama sejak Mei 2015 dan mengikut kefahaman serta perkiraan saya, maklumat yang diterima daripada sembilan prosiding sebelum ini, sudah mencukupi untuk PAC membuat rumusan yang objektif, telus dan adil," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, apabila Ketua Audit Negara telah membentangkan laporan akhirnya kepada PAC, mana‐mana perkara dan maklumat yang perlu jawatankuasa ini dapati, PAC akan mengarahkan Jabatan Audit Negara untuk menyusuni dan mendapatkan fakta tersebut sebagai tambahan lagi.
Hasan berkata, Ketua Audit Negara akan membentangkan Laporan Akhir Pengauditan Terhadap 1MDB pada 24 serta 25 Februari ini dan sudah pasti PAC memerlukan masa untuk meneliti selain menilai laporan akhir berkenaan.
Jelas beliau, laporan Ketua Audit Negara ini sangat penting kerana ia merupakan sumber utama sebagai rujukan kepada PAC dalam membuat rumusan sebelum dibentangkan ke Parlimen nanti.
Hasan berkata, isu 1MDB di bawah Bank Negara pula sudah dijelaskan oleh 1MDB secara terbuka dalam media dan sudah mendapat ulasan daripada Peguam Negara serta sudah dilaporkan juga secara terbuka dan meluas.
PAC bercadang untuk membentangkan laporan berhubung 1MDB ini ke Parlimen dalam sesi Dewan Rakyat pada Mac ini hingga April ini.
Hasan menambah, bagaimanapun, Tony Pua boleh membangkitkan perkara ini dalam prosiding PAC yang akan datang dan jika ahli‐ahli PAC bersetuju untuk memanggil lebih ramai lagi saksi.
"Ia terpulang kepada jawatankuasa ini tetapi yang pasti ia boleh melambatkan proses rumusan sekaligus menyebabkan hasrat PAC untuk membentangkan Laporan PAC berhubung Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB dalam sesi Parlimen akan datang tidak akan tercapai," katanya.
MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment