Pages

Monday, 27 July 2015

KASIH IBU HINGGA HUJUNG NYAWA


Seorang ibu sempat menghulurkan anaknya kepada orang lain sebelum maut akibat ‘ditelan’ eskalator apabila penutupnya tiba-tiba terbuka di pusat beli belah di Jingzhou, Huabei, Beijing Sabtu lalu.


Xiang Liujuan, 30, pada mulanya memegang anaknya sambil menaiki eskalator, menurut laporan Wuhan Evening News.
Bagaimanapun, apabila Xiang melangkah dari eskalator itu, penutup eskalator yang dipijaknya tiba-tiba terbuka.
Ketika itu, Xiang sempat menolak anaknya ke depan dan seorang pembantu kedai berhampiran mengambil kanak-kanak itu ke tempat selamat.
Malangnya, eskalator itu terus bergerak dan beberapa saat selepas itu, Xiang hilang ‘ditelan’ mesin eskalator.
Seorang lagi pekerja cuba menariknya keluar namun gagal.
Anggota bomba mengambil masa lebih empat jam memotong bahagian eskalator itu dan menemui mayat Xiang.
Menurut laporan akhbar itu, sumber mendakwa pekerja terlupa memasang semula penutuk eskalator itu dengan betul selepas kerja penyelenggaraan.
Kejadian ini antara topik utama di perkhidmatan Sina Weibo dan video itu ditonton 6.6 juta orang.
hmetro

Thursday, 2 July 2015

SOLAT YANG SEMPURNA WAJIB ADA TOMA'NINAH


Solat yang sempurna, termasuk bagi solat sunat tarawih, wajib disertakan dengan toma'ninah selain perlu memberi sepenuh penghayatan kepada bacaan dalam solat. 

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri, berkata mengikut mazhab Shafie, jika umat Islam, sama ada mengerjakan solat secara individu atau berjemaah, tidak meraikan toma'ninah, maka solat itu tidak sah. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas viral solat tarawih dan witir 23 rakaat yang dikerjakan kurang dari lapan minit di sebuah sekolah agama di Indonesia, baru-baru ini. 

Zulkifli berkata, mengikut hadis, Rasulullah SAW menunaikan solat dalam keadaan rukuk dan sujud yang panjang. Justeru, ia harus dicontohi oleh umatnya. 

"Alangkah baiknya jika kita mengekalkan apa (solat tarawih) yang kita lakukan di Malaysia. Dengan adanya toma'ninah, kita dapat menumpukan perhatian kepada solat tanpa letih lelah.  SOLAT yang sempurna, termasuk bagi solat sunat tarawih, wajib disertakan dengan toma'ninah selain perlu memberi sepenuh penghayatan kepada bacaan dalam solat. - Foto hiasan/Danial Noordin 

"Jika tidak, kita tidak dapat menumpukan perhatian kepada bacaan solat itu sendiri dan roh solat itu sudah pasti kurang khusyuk," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pondok Moden Al-'Abaqirah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini, hari ini. 

Ditanya mengenai sambutan umum terhadap solat yang singkat itu, Zulkifli berkata, setiap agenda solat tarawih yang dikerjakan mempunyai pengikutnya tersendiri. 

"Contohnya, ada (masjid atau surau) yang mengerjakan solat tarawih dengan bacaan satu juzuk al-Quran, ada yang tiga juzuk dan ada yang sehingga 10 juzuk. Semua itu ada (jemaah) yang berminat dan bersemangat mahu melakukannnya, maka tidak peliklah," katanya. 

Baru-baru ini, satu video menunjukkan solat tarawih dan witir 23 rakaat dikerjakan kurang dari lapan minit di sebuah sekolah agama di Udanawi, Blitar, Indonesia, yang dimuat naik di laman YouTube mendapat perhatian ramai.
bharian

Wednesday, 1 July 2015

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan :
   Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat : 
    Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat :     
     Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
  Sayyidatina Hajar 
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab 
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam : 
Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : 
Al-Harith bin Abi Halah 
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : 
Sumayyah binti Khabbat 
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran : 
Abdullah bin Amru bin Al-Ash 
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah : 
Saad bin Abi Waqqas 
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah 
17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : 
Ali bin Abi Tholib 
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW : 
Tamim Ad-dary 
19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam 
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan 
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : 
Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib 
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan 
25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid 
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab 
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW : 
Ali bn Abi Tholib 
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair 
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : 
Nabi Muhammad SAW.
✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita

HARGA RUNCIT RON95 DAN RON97 NAIK BERKUAT KUASA 1 JULAI

Hasil carian imej untuk Harga Runcit RON95 Dan RON97 Naik Pada Julai

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.

"Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini," katanya.
BERNAMA

TAZKIRAH RAMADHAN : RINGKASAN JUZUK 12


Surah-surah yang dinamakan dengan nama anbiya’ pasti berkait langsung dengan kisah nabi tersebut. Jika sebelum ini Yunus, kini di hadapan kita ada Hud dan Yusuf. Terkandung juga di dalamnya kisah Nuh a.s. Kisah-kisah ini mengajar kita agar yakin dan berteguh, sepertimana suasana ketika ia diwahyukan kepada Nabi s.a.w. Kita tahu bagaimana getirnya cabaran para anbiya’ melayani kerenah kaumnya, kisah mereka adalah inspirasi yang tiada tolok bandingnya.

PERISTIWA
Kematian ilmuan ulung Imam Ibnu al-Jauzi pada 597 Hijrah, pengarang lebih 300 buah buku.

HIDUPKAN RAMADHAN DEGAN SEDEKAH
Bersedekahlah. Kongsikan apa yang anda miliki dengan sesiapa sahaja, terutamanya para fakir dan miskin. Agar kita merasai kesusahan dan kesempitan hidup mereka, juga agar mereka dapat bersama menikmati kesenangan hidup kita. Kita mulia kerana memberi dan bersedekah.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!
Sumber : Risalah Harmoni
JUZUK 1-30 : https://goo.gl/J9CffR