ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KAD PRABAYAR : DIGI SOKONG FORMULA AHMAD SHABERY

Friday 8 May 2015

KAD PRABAYAR : DIGI SOKONG FORMULA AHMAD SHABERY

KUALA LUMPUR 8 Mei - DIGI.Com Bhd melahirkan sokongan ke atas cadangan bahawa pengguna berhak menerima masa berbual prabayar bernilai RM10 selepas membeli nilai prabayar yang sama, kata Ketua Pegawai Eksekutif Albern Murty.

Menurut beliau lagi, penyedia telekomunikasi ketiga terbesar di negara ini juga menyokong rancangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek untuk menentukan mekanisme bagi formula "RM10-untuk-RM10", yang terkait dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan prabayar.

"Kami bekerjasama dengan menteri untuk memastikan bahawa kami dapat mengusahakan rancangan beliau," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, hari ini.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini mengeluarkan arahan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi untuk mengembalikan harga kad prabayar kepada harga sebelum GST.

Bagaimanapun, arahan itu, yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Mei, telah ditangguhkan selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,  Datuk Seri Dr Halim Shafie membuat kenyataan bahawa kad prabayar akan terus dijual dengan memasukkan caj GST, mengakibatkan kementerian terpaksa menangani isu itu.

Akibatnya, syarikat-syarikat telekomunikasi ini agak sukar untuk mematuhi arahan tersebut memandangkan arahan itu dikeluarkan dalam masa yang singkat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pada akhir suku pertama hingga 31  Mac 2015, Digi telah mengumpulkan sebanyak 11.7 juta pelanggan, di mana 9.9 juta atau 85 peratus adalah pelanggan prabayar dan hasil purata setiap pengguna (Arpu) adalah RM39.

Katanya, Digi akan terus melabur dalam rangkaian dan teknologi maklumat untuk membolehkan ia menjadi peneraju internet mudah alih yang paling kehadapan.

Syarikat itu akan membelanjakan kira-kira RM900 juta pada tahun ini ke dalam modal perbelanjaan, hampir sama dengan jumlah yang diperuntukkan pada tahun lepas.

Dalam suku pertama 2015, Digi mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.79 bilion, naik sebanyak 4.2 peratus daripada RM1.72 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau ketika bercakap mengenai masa depan, berkata Digi akan meneruskan cita-cita untuk menjadi peneraju internet mudah alih yang terbaik dalam tempoh tiga tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment