ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AMALAN SONGSANG RAJA BOMOH : MUFTI KELANTAN SOKONG KEPUTUSAN JAIPK

Saturday 2 May 2015

AMALAN SONGSANG RAJA BOMOH : MUFTI KELANTAN SOKONG KEPUTUSAN JAIPK


KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyokong keputusan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) mewartakan haram terhadap amalan songsang Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin.

Tindakan tersebut wajar dan amat tepat kerana mengamalkan perkara ghaib sedemikian adalah perbuatan salah, apatah lagi di sisi agama Islam.

Memang tindakan yang tepat untuk membendung dan menyekat perkara mengelirukan daripada terus berleluasa dalam masyarakat.

"Benda ghaib sebenarnya hanya ALLAH sahaja maha mengetahui, Kalau ada unsur yang kita cuba seolah-olah mengambil alih ilmu Tuhan yang mengetahui perkara ghaib, itu melakukan perbuatan salah,” katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya sama ada Kelantan akan menurut langkah sama, Mohamad Shukri berkata, perkara tersebut belum berbangkit lagi di Kelantan.

No comments:

Post a Comment