ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UMNO BIJAK TIDAK BERTANDING PRK DUN CHEMPAKA

Monday 2 March 2015

UMNO BIJAK TIDAK BERTANDING PRK DUN CHEMPAKA

Image result for UMNO BIJAK TIDAK BERTANDING PRK DUN CHEMPAKA

Barisan Nasional/Umno bertindak betul dan akan mendatangkan kebaikan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dun Chempaka.

Bagi majoriti Melayu Islam, keputusan politik yang bijak ini bagai satu biji benih yang akan tumbuh anak pokok muhibah ke arah perpaduan ummah yang lebih meyakinkan dan berkesan lagi.

Jika boleh, juga bagi PRK Parlimen Permatang Pauh apabila berlaku kelak. Dua hujah sahaja diketengahkan.

Pertama, selain daripada sesuatu terkecuali berlaku, Umno/BN akan kalah. Kalau BN/Umno kalah teruk, tidak mustahil, atau pun dengan majoriti lebih walaupun lebih sedikit dari majoriti PRU13, tegas Speaking “it is bad for Umno” - tidak baik pada Umno.

Andainya BN/Umno amat yakin berjaya atau sekurang-kurangnya dapat menurunkan majoriti yang dilihat kredible dari PRU lepas BN/Umno mesti bertanding sebab keputusan demikian memberi kemenangan moral dan satu boost, menambahkan nilai politik dan galakan kepada ahli dan penyokongnya. 

Kedua, jika Umno beri PKR “jalo” atau jalan percuma ia menafikan Pakatan Rakyat satu platform untuk berkempen meraih simpati pada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tumpuan perhatian kepada kes sodomy kedua.

Bak kata mat salih, “since Umno’s chances of retaking Permatang Pauh are slim it will be better for the governing party to give PR a walkover like BN did in the case of Jelutong bye - election.”

Pada saya, lebih penting parti pemerintah menumpukan masa melaksanakan janji dan mengotakan slogan rakyat didahulukan kerana, pada kelihatan majoriti rakyat, kedua-duanya terus mengalami defisit.

Sungguhpun PRU14 jauh lagi, setiap hari mesti dianggap sebagai kempen meraih sokongan. PRU14 amat berbahaya - wujud kemungkinan kerajaan akan tewas - juga sekali gus memberi peluang keemasan untuk parti pemerintah membereskan tuntutan dan membetulkan segala kesilapan terdahulu. Bola di kaki Perdana Menteri Najib Tun Razak - salah sepak penalti pun tak masuk, kena tendang dari sudut jauh pun masuk gol.  

Umno/BN: Peluang terakhir!    

Mengikut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, wujud kesukaran kerajaan berjaya mendapat kelulusan dua pertiga bagi penambahan jumlah kerusi Parlimen dan juga kerusi Dun di Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perak kerana BN tiada majoriti dua pertiga di negeri itu.

Jika ini berlaku kawasan Parlimen dan Dun negeri di atas kekal seperti sekarang maka redelineation - persempadanan semula kawasan - terpaksa ditangguh kepada tahun 2023.

Mengikut Perlembagaan persempadanan semula  berlaku setiap lapan tahun sekali dan mesti diluluskan oleh Parlimen dan Dun dengan dua pertiga ahli bersetuju.  

Dulu jumlah kawasan parlimen dan Dun majoriti Melayu/Peribumi besar tetapi kerana takutkan Pas, waktu itu sedang meningkat dan membahayakan Umno, maka banyak kerusi itu disempadankan semula atau gerrymandering menjadikan kerusi campuran atau mixed - race constituencies.

Kononnya pengundi Cina dan India sebab takutkan pada Pas akan terus menyokong calon BN yang bukan Melayu atau calon Umno.

Maklumlah, waktu itu BN/Umno gagah; keangkuhan (hubris) kepimpinan tidak terkawal. Akibatnya ditanggung BN/Umno kini dan dalam dua PRU  sebelumnya.

Pengundi Cina sudah rata-rata lari dari BN juga sebahagian besar pengundi Melayu dan Peribumi di bandar.

Dijangka pengundi Cina tidak akan bergoyang kecualilah, tegas seorang patriot Melayu Islam, kita serah kuasa politik kepada mereka di semua peringkat- dari kerajaan tempatan ke pusat untuk mereka melaksanakan dasar Malaysian Malaysia, warisan Lee Kuan Yew yang sedang dilaksanakan sedikit demi sedikit  hingga menjadi bukit di Pulau Mutiara atau Pulau Pinang.

Kalau Pas menyokong BN, suatu yang tidak mustahil, persempadanan baharu kawasan Parlimen bisa diluluskan kerana BN  mempunyai 133 kerusi dan Pas 21. BN hanya perlu 15 undi sahaja lagi untuk mencapai dua pertiga.

Berapa ramai pula antara 21 MP Pas itu pro ulama dan berapa pro Anwar dan Lim Kit Siang? Dalam politik, seperti dalam kehidupan harian, “kena kira” semua boleh! Pandai-pandailah berkongsi kuasa dan laba politik secara adil dan saksama.  

Rakyat akan dapat menilai dan membuat cadangan kepada draf persempadanan semula kawasan Parlimen juga Dun yang dijangka dipamerkan tidak lama lagi. Kali terakhir persempadanan semula kawasan pilihan raya dilakukan pada tahun 2003.

Taat setia politik seperti cinta berubah. Ada yang kekal abadi, ramai berhijrah mengikut angin dan keadaan.

Taat setia  rakyat Kelantan pada Pas legenda juga orang Johor dan Pahang, satu masa dahulu, pada Umno legenda. Kekuatan Umno di kedua negeri bagai Rock of Gibraltar, dalam konteks ilmu alam kita, segagah Gunung Tahan kalaupun tidak Gunung Kinabalu.

Apa pun pengalaman politik sudah kita lalui, stresses Speaking, “Malaysia still has a rare opportunity to become the world’s most dynamic economy surpassing even that of Singapore. We do still have that chance which we must not waste” - peluang menjelma sebagai sebuah ekonomi yang dinamik masih ada dan kita jangan mensia-siakan peluang itu; tidak membuang peluang keemasan itu. Kita harus menggunakan bakat semua modal insan untuk mencapai status ekonomi yang dinamik.  

Jika Najib gagal memberi kepimpinan yang dinamis, telus dan tulus, kerajaan serta Umno/BN pula tidak sensitif pada perubahan yang sedang berlaku, saya takut, Najib dan sekutunya akan menghadapi “a bumpy ride”; akan mengalami satu perjalanan yang terenjut-enjut  mulai sesi baharu Parlimen bulan ini.
TAN SRI ABDULLAH AHMAD

No comments:

Post a Comment