ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: [UPDATE TERKINI] ROMPAKAN BERSENJATA DI BERIS LALANG, JELAWAT, BACHOK

Thursday 5 February 2015

[UPDATE TERKINI] ROMPAKAN BERSENJATA DI BERIS LALANG, JELAWAT, BACHOK


MAKLUMAN AWAL
Satu kejadian samun dan telah melepaskan tembakan. masa kejadian lebih kurang  jam 5.45 petang bertarikh 05/02/2015 bertempat di Ultra Maju Trading, Hadapan Sek, Keb, Beris Lalang. 

3 das tembakan telah dilepaskan oleh suspek kepada satu sekeluarga yang terkena pada suami (Cedera di bahagian dada dan lutut ) dan seorang anak perempuan( terkena tembakan di bahagian paha ). Isteri pula digari oleh penjenayah. Mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Bharu 

Penjenayah menggunakan kenderaan jenis Proton Preve berwarna Hitan dengan nombor pendaftaran CDC4561

[UPDATE TERKINI]
Bachok: Pemilik kedai perkakasan rumah berusia 52 tahun maut, manakala anak perempuannya, 17, parah selepas ditembak penjenayah yang menyamun kedainya di Beris Lalang, di sini, 5.45 petang tadi.

Kedai itu disamun tiga penjenayah yang turut menggari isteri dan seorang pekerja lelaki terbabit.

Seorang daripada tiga penjenayah itu melepaskan tiga das tembakan dan terkena dada serta lutut mangsa, manakala sebutir lagi peluru terkena paha anaknya.

Peniaga itu meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, 7 malam tadi, manakala anaknya dilaporkan stabil.

Ketiga-tiga penjenayah yang menaiki kereta Proton Preve warna hitam dipercayai melarikan wang tunai antara RM1,000 hingga RM2,000.

Menurut seorang saksi, Mohd Azrien Mohd Nasir, 27, kejadian berlaku pantas.
"Tiba-tiba sebuah kereta menghampiri kedai dan tiga lelaki keluar sebelum beberapa das tembakan dilepaskan," katanya.- hmetro

AL-FATIHAH....Semoga Roh arwah dicucuri RAHMAT ALLAH dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Salam Takziah buat keluarga Arwah.



No comments:

Post a Comment