ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LGE PERSENDA KERAJAAN KELANTAN ???

Tuesday 27 January 2015

LGE PERSENDA KERAJAAN KELANTAN ???

Lim Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seakan-akan mempersendakan kerajaan negeri Kelantan dengan menyatakan bahawa keadaan Kelantan bagaikan tiada kerajaan apabila berlaku banjir besar pada akhir bulan lalu.

Kata Guan Eng, walaupun integriti adalah penting, tetapi apa yang lagi mustahak ialah kebolehan.

Menurutnya lagi, pihak yang tidak mampu berbuat kerja adalah lebih baik tidak menjadi kerajaan.

“Apabila bencana besar berlaku, lihatlah (apa yang berlaku). Saya sekarang bercakap terus-terang dan bukannya dengan bersegan silu.

“Tengoklah, apa yang berlaku di Kelantan apabila berlaku banjir besar? Ia seakan-akan tidak mempunyai kerajaan.

“Kenapa, sebab tidak boleh mampu melakukan kerja,” katanya seperti dipetik Sinchew Daily ketika berucap dalam satu majlis anjuran DAP di Bukit Mertajam pada malam Ahad.


 laporan Sin Chew Daily tarikh 27 JAN 2015 di halaman 08
Guan Eng pada masa yang sama tidak lupa menghalakan ‘senjata’ kepada Barisan Nasional (BN).

“Sudah 50 tahun BN menjadi kerajaan, tetapi mereka tidak mahu membina (menaik taraf) Jalan Song Ban Keng (di Bukit Mertajam).

“Adakah kerana ia (BN) tidak mahu bina, tidak boleh bina, tidak pandai bina atau tidak berani bina?” katanya.
MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment