ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: July 2014

Thursday 31 July 2014

PORSCHE REMPUH BELAKANG VIVA. WANITA PARAH

SHAH ALAM: Seorang wanita mengalamai kecederaan parah selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki dirempuh dari belakang oleh kereta sukan, Porsche di Kilometer 12.8 Lebuhraya Elite di sini pagi Khamis.
Akibat kemalangan pada pukul 12.30 tengah malam itu, kereta yang dinaiki mangsa bersama suami dan anaknya terbalik ke tepi jalan.
Bagaimanapun, suami dan anak mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, ketika kemalangan, keluarga malang itu dalam perjalanan pulang ke Batu Gajah, Perak selepas menyambut Hari Raya Aidilfitiri di Semenyih.
Semasa melalui tempat kejadian, sebuah kereta sukan yang dipandu laju telah merempuh kenderaan mereka dari belakang di lorong kanan jalan.
Akibat rempuhan kuat itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian tengkuk sebelum dibawa ke Hospital Putrajaya dekat sini.
Jurucakap polis memberitahu, Porsche itu dipandu oleh pelajar warga negara British dan siasatan terperinci akan dilakukan.
Porsche yang dinaiki seorang pelajar warga British mengalami kerosakkan selepas merempuh belakang Perodua Viva.
mStar

MAYAT WANITA TERBAKAR DI TANDAS PASAR BESAR KULIM


KULIM - Mayat dipercayai seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan terlentang dan terbakar di sebuah tandas wanita di Pasar Besar Kulim, di sini hari ini.

Mayat yang masih belum diketahui identiti itu ditemui kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, orang awam yang mengunjungi pasar berkenaan ternampak api sedang marak dari sebuah tandas awam di pasar itu.

"Orang ramai dikatakan telah memadamkan api yang membakar seluruh tubuh wanita berkenaan namun tidak dapat menyelamatkan mangsa yang keseluruhan badannya telah terbakar lalu mereka membuat panggilan kecemasan kepada pihak Bomba dan Penyelamat di sini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat. 

Abdullah berkata polis sedang menyiasat punca kejadian tersebut dan sedang mengenal pasti identiti mangsa.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan saudara mara untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pasukan Bomba dan Penyelamat Kulim yang diketuai Ketua Balai itu Ghazali Mahmud bersama enam anggota mendapati mayat mangsa telah terbakar teruk ketika pasukan itu tiba di tempat kejadian dan tiada pengenalan diri mangsa yang ditemui di lokasi.

"Pihak kami turut menjumpai sebuah botol plastik kosong ada kesan bau petrol dan kotak mancis di tandas berkenaan," katanya. - Bernama

MALAYSIA TIDAK PERNAH LATIH PEJUANG HAMAS - WAN JUNAIDI

Malaysia tidak pernah latih pejuang Hamas - Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak pernah menyediakan tempat mahupun menawarkan sebarang latihan kepada mana-mana pejuang Hamas atau kumpulan gerakan yang berjuang di negara bergolak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan, bukan sahaja latihan, kerajaan juga tidak pernah membenarkan sebarang unsur pusat latihan seumpama itu diwujudkan di negara ini.

"Mustahil ada latihan seumpama itu di negara ini, komen pejuang berkenaan itu tidak benar malah tidak wujud sama sekali di negara ini.

"Tidak kira apa jenis perjuangan termasuk dikategori perjuangan baik untuk melawan Israel, kita tidak pernah membenarkan atau memberikan kelulusan untuk latihan sebegini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Wan Junaidi diminta mengulas laporan Jerusalem Post mengenai pendedahan seorangpejuang Hamas yang ditahan Israel berkata, dia menerima latihan di Malaysiauntuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Tambah Wan Junaidi, mana-mana pejuang yang dikatakan mahu mengambil latihan perang boleh ke negara lain yang menawarkan 'kursus' berkenaan selain Malaysia.

"Sudah saya tegaskan, kita tidak adakan latihan perang untuk pejuang seumpama ini. Mereka yang mahu dan berminat boleh berlatih di negara lain," ujarnya.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernamaBriged al-Qassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Sementara itu, Pergerakan Hamas jugamenafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.
astroawani

MEMALUKAN !!! VIDEO PEGAWAI KANAN POLIS INDIA MAKI HAMUN, CERCA DAN LUDAH PEGAWAI KANAN POLIS MELAYU TERSEBAR !!! APA REAKSI @Zahid_Hamidi @KBAB51 @pdrm


Sekarang ini tengah kecoh tentang klip video seorang pegawai polis berpangkat DSP bernama Ravindran Kutty Krishnan (PT C41) dari IPK Selangor sedang memaki hamun, mencerca dan meludah seorang pegawai polis Melayu bernama ASP Ahmad bin Mat Noor.

Dalam klip video berkenaan, DSP Ravindhran telah menanggalkan baju dan mencabar ASP Ahmad untuk beradu tenaga. Cermin meja pejabat ASP Ahmad juga telah dipecahkan, selain dinding dan peralatan di dalam bilik pegawai polis berbangsa Melayu itu juga telah dirosakkan oleh DSP Ravindhran.

Insiden ini telah berlaku di hadapan Tuan KJKA Selangor.

Dilaporkan, kejadian ini berlaku setiap hari dan DSP Ravindhran bukan sahaja ASP Ahmad tetapi juga beberapa orang pegawai dan anggota bawahan yang lain. Mereka bukan sahaja dipukul, ditendang bahkan turut diludah.

Beberapa orang pegawai dan anggota yang menjadi mangsa DSP Ravindran, mula mempertikaikan pegawai berkenaan. Malah mereka sudah mula mempersoalkan bilakah kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh DSP Ravindran yang sangat sombong dengan pangkatnya, akan berhenti.


PAKATAN TIDAK BERPECAH - ANWAR


BUTTERWORTH: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan kononnya PAS akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR).

Tegasnya hingga kini tidak ada petunjuk bagi menyokong dakwaan itu.

"Itu sesuatu yang mustahil (untuk mengatakan PAS mahu meninggalkan PR), mereka masih komited kepada Pakatan Rakyat.

"Sudah tentu, terdapat sentimen di peringkat bawah. Saya sendiri memilih untuk tidak melayan beberapa dakwaan itu kerana kita mempunyai keyakinan penuh terhadap sikap dan dasar-dasar kepimpinan parti.

"Ada pendapat yang disuarakan tetapi kami masih dalam proses perbincangan. Saya tidak melihat ini sebagai perpecahan," katanya selepas menyampaikan bantuan kewangan kepada anak-anak yatim di Masjid Permatang Nibong, dekat sini, Rabu.

Jelas Anwar, komen yang tidak sesuai dan tidak sihat mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyebabkan berlakunya salah faham.

Ditanya mengenai pandangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak usaha untuk menggulingkan Khalid mungkin mencerminkan pendirian rasmi PAS, Anwar berkata perkara itu perlu diselesaikan PAS.

"Itu pandangan peribadi Tok Guru Haji Hadi. PAS perlu mendengar penjelasan beliau dan juga menyelesaikan isu-isu seperti mengapa seorang wanita tidak boleh dilantik Menteri Besar.

"Jika tidak, kesannya mungkin tidak terlalu baik untuk jangka masa panjang," katanya.
mStar

LELAKI PARAH DITEMBAK SEKUMPULAN SUSPEK TAK DIKENALI


BANTING – Seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala selepas kereta dinaikinya ditembak secara rambang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Pemandu, Qumeyza Iqbal Arif Sulaiman, 28, berkata beliau mendengar bunyi kuat dan menyangka ia adalah dentuman mercun yang dibakar berhampiran kenderaannya.

“Sejurus mendengar letupan di bahagian kiri belakang kereta, abang ipar saya, Mohd Syukur Shafie, 31, tidak sedarkan diri ekoran terkena peluru sesat daripada tembakan terbabit, di bahagian kiri kepala,” katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Roslan Radzi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dengan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata.

Katanya, pihak polis mendapati suspek menggunakan pistol angin sebagai senjata dalam kejadian tembakan rambang itu, dan pihaknya sudah melakukan tangkapan terhadap tiga individu lelaki untuk siasatan lanjut.

“Hasil daripada siasatan awal, tembakan itu dilepaskan oleh suspek tanpa sebarang motif dan hanya terdorong daripada perasaan suka-suka dan tidak bermotifkan dendam.

Dalam kejadian itu, Syukur di bawa ke Hospital Banting sebelum di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut. – Berita Harian

"PEJUANG HAMAS DILATIH DI MALAYSIA"

'Pejuang Hamas dilatih di Malaysia'

KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa, menurut satu laporan Jerusalem Post.

Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.

Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.

Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.

Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.

Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.

Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.

Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.

Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.
astroawani

MH17 : PERSEDIAAN SAMBUT JENAZAH DI KLIA

SEPANG: Persediaan telah dibuat untuk menerima kepulangan jenazah rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 terhempas di Ukraine.
Ketika tinjauan Bernama di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Rabu, van-van jenazah sudah tersusun rapi.
Beberapa khemah turut didirikan di perkarangan kompleks.
Dalam satu raptai, anggota tentera daripada Rejimen Askar Melayu Diraja yang lengkap beruniform kelihatan mengusung keranda dengan penuh hormat untuk diberi penghormatan terakhir.
Namun jenazah 43 rakyat Malaysia hanya dijangka tiba di tanah air dalam tempoh tiga minggu lagi. 
Seorang pegawai yang terlibat dalam urusan pengendalian jenazah berkata, persediaan awal dibuat bertujuan untuk memastikan proses ketibaan jenazah bakal berjalan lancar.
“Hari ini hanya satu raptai untuk menyambut jenazah. Ia masih dalam peringkat perancangan dan ia masih belum dimuktamadkan. Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan.
"Satu mesyuarat akan diadakan esok (Khamis) untuk membincangkan secara terperinci proses menyambut ketibaan jenazah nanti,” katanya.
Pada 17 Julai lalu, pesawat Boeing 777 MAS yang membawa 283 orang penumpang dan 15 anak kapal terhempas dipercayai akibat ditembak. Tetapi sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukannya.
Setakat ini sejumlah 227 keranda yang mengandungi jenazah mangsa pesawat telah diserahkan kepada pihak berkuasa Belanda yang mengetuai pasukan siasatan antarabangsa. 
Kini 21 pakar Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia yang terdiri daripada lapan ahli patologi, lapan ahli forensik odontologi, empat pakar penyiasat lokasi jenayah (CSI) dan seorang pakar DNA berada di Utrecht, Belanda dalam usaha mengenal pasti identiti mangsa nahas.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang ke Belanda pada Rabu dijangka menyegerakan proses membawa pulang jenazah rakyat Malaysia.
Perdana Menteri dijangka bertemu rakan sejawatannya Mark Rutte di The Hague yang akan mengadakan perbincangan termasuk soal urusan pengecaman mayat, membawa pulang jenazah dan mengheret pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat ke muka pengadilan.
mStar

Wednesday 30 July 2014

MH17 : NAJIB JUMPA PM BELANDA KHAMIS INI

AMSTERDAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte di The Hague berhubung nahas MH17 apabila beliau tiba Khamis ini untuk melakukan lawatan kerja dua hari ke Netherlands.
Najib dijadual tiba pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.
Duta Besar Malaysia di Netherlands, Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib berkata tujuan utama lawatan Najib adalah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang urusan pengecaman mangsa tragedi itu serta penghantaran pulang mayat mereka ke tanah air.
Beliau memberitahu wartawan Malaysia di sini bahawa Najib akan mengadakan perbincangan dengan Rutte mulai 11.15 pagi (5.15 petang di Malaysia), sebelum berlepas ke Hilversum, tempat di mana mayat mangsa melalui proses pengecaman dan forensik.
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200ER itu, yang membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh, tetapi hingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Mayat mangsa diterbangkan dari Ukraine ke Netherlands. Rakyat Netherlands, sebanyak 193 orang, merupakan jumlah penumpang paling ramai dalam penerbangan itu.
Fauziah berkata, Perdana Menteri juga akan menjadi hos majlis makan malam pada Khamis, sebelum mengadakan sidang media pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) pada hari berikutnya.
Menurut beliau, ini adalah lawatan kerja pertama Najib ke Netherlands dan pemimpin Malaysia sebelum ini yang pernah melakukan lawatan ke Netherlands ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 2005, dan Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1986.
Fauziah berkata, Malaysia adalah rakan perdagangan dan pelaburan terbesar Netherlands dalam kalangan negara Asia Tenggara. – BERNAMA

VIDEO DETIK-DETIK CEMAS GUNUNG AIS RUNTUH DI KANADA !!!


Video yang dimuat naik di Youtube ini memperlihatkan saat-saat kejatuhan gunung ais di Newfoundland, Kanada. Keterangan pada video ini menyatakan, sepasang suami isteri sedang mengagumi struktur megah gerbang gunung ais besar, dan gunung itu tiba-tiba runtuh dan mewujudkan gelombang pasang besar yang menuju ke arah kapal mereka.

Jom saksikan video berikut ini;

MH17 ; "IA ADALAH SERANGAN ROKET" - PBB



KIEV: Analisis kotak hitam daripada pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 menunjukkan ia terhempas selepas dimusnahkan oleh serangan roket yang menyebabkan 'letupan besar-besaran'.

Serangan itu kini disiasat sebagai jenayah perang, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kiev dan Barat menuduh pemberontak pro-Rusia menembak jatuh kapal terbang berkenaan dan Kesatuan Eropah (EU) merangka sekatan lebih keras terhadap Rusia.

Antara sekatan yang dipertimbangkan ialah terhadap sektor ekonomi termasuk sekatan senjata.

Moscow, bagaimanapun menyifatkan langkah yang dilakukan EU itu sebagai 'tidak bertanggungjawab'.

Ia berkata kerajaan Ukraine perlu bertanggungjawab terhadap serangan ke atas pesawat MH17 yang mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal.

Jurucakap Majlis Keselamatan Ukraine, Andriy Lysenko, pada sidang akhbar di sini berkata, pakar-pakar yang menganalisis perakam dari pesawat itu membuat kesimpulan bahawa serangan roket menjadi punca MH17 terhempas di wilayah pemberontak di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Britain ditugaskan untuk memuat turun data dari kedua-dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas.

mStar

MALAYSIA PUNYA ASAS KUKUH UNTUK MENGADILI PESALAH MH17 DI NEGARA INI

KUCHING: Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk membawa serta mengadili pesalah nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine, 17 Julai lepas dibawah perutukan Peruntukan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pada masa sekarang, seperti yang kita sedia maklum, setiap keluarga yang terlibat dengan tragedi penembakan jatuh pesawat MH17 mengalami perasaan sedih yang teramat sangat dan kecewa dengan apa yang berlaku kerana ia berlaku di negara orang dan oleh itu mereka mengalami satu trauma yang "hopeless".

"Sebagaimana yang kita sedar, kerajaan kita akan menghantar peguam daripada pejabat Peguam Negara iaitu Attorney General untuk pergi ke Ukraine di kawasan yang bergolak di mana di bawah lingkungan bidang kuasa di pihak pemisah pada masa sekarang."

"Apa yang berlaku di kawasan sana ialah ada tiga pihak yang berkuasa dimana satu pihak pemisah yang mengawal secara diktaktor kawasan tersebut dan pada masa yang sama pihak Ukraine sebagai kerajaan yang merasakan kawasan itu adalah kawasan mereka."

"Kuasa yang ketiga adalah pengaruh dari pihak Russia, maka dalam keadaan sedemikian memang payah untuk mengatasi dari sudut undang-undang kerana secara prinsipnya mana-mana negara di dunia ini apabila mengubal undangundang, undang-undang itu digubal untuk dalam negara itu sendiri dan berlaku kepada warganegara mereka sendiri di dalam negara mereka sendiri."

"Jadi perkara ini telah berlaku kepada warganegara berbilang kaum seluruh dunia. Ini termasuk rakyat Malaysia yang mati terbunuh, kita punya kapalterbang telah ditembak jatuh. Nama baik negara kita juga tergugat. Kita sebenarnya yang menghadapi bencana."

"Tetapi tidak kurang juga apa yang berlaku di Belanda umpamanya, warganegara mereka yang teramai terbunuh," katanya sambil menambah jadi dalam keadaan sedemikian, undang-undang negara secara prinsipnya tidak dapat menangani sebab ia terpaksa ditangani oleh undang-undang di negara tersebut.

Junaidi, yang juga Ahli Parlimen Santubong ditemubual UnReportedNews™® secara ekslusif mengenai tindakan suslan kerajaan ke atas tragedi MH17 di rumah kediamannya di sini pagi tadi.

"Oleh kerana kita mewujudkan undang-undang Panel Kod tetapi ini belum lagi mencukupi. Itulah kenapa kerajaan mewujudkan undang-undang SOSMA, sebahagian daripadanya memberi garis panduan jenis-jenis kesalahan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan yang menjangkau sempadan iaitu dipanggil dalam istilah 'Extra-Terrestrial Law'."

"Ini bermakna kuasa di bawah undang-undang ini memberi kuasa pada mahkamah kita, memberi kuasa kepada municipla law dalam undang-undang antarabangsa iaitu undang-undang untuk negara kita sendiri boleh merangkumi kesalahan-kesalahan berlaku di luar negara."

"Dan membolehkan kalau ada kes dibawa ke mahkamah Malaysia umpamanya dengan sendirinya pihak peguam kepada orang yang dituduh tidak boleh membangkitkan isu bahawa kesahan itu telah berlaku di negara lain di bawah bidang kuasa yang lain jadi tidak boleh dibicarakan di negara kita."

"Dengan wujudnya undang-undang SOSMA ini membolehkan hakim mahkamah kita mendengar kes di negara Malaysia tetapi yang pentingnya ialah bersama kita hendak tahu  siapa yang melakukan kesalahan dahulu."

"Apabila sudah dikenalpasti siapa yang melakukan kesalahan dahulu, dari sudut undang-undangnya mesti diselesaikan masalah yang pertama ini iaitu kita mengetahui apa yang berlaku, siapa yang menembak jatuh. Yang kedua, di bawah undang-undang mana yang kita hendak bicarakan dia. Kita ada undang-undang yang tertentu."

"Selepas itu kita ada bukti-bukti yang mengikut garis panduan undang-undang 'ingredient'  (dalam bahasa Inggeris) yang tertentu menyatakan undang-undang ini telah dicabuli dibawah undang-undang ini dan bukti kita yang mencukupi dengan saksi yang ada."

"Tetapi malangnya, oleh kerana ia berlaku di negara orang lain, macam mana kita hendak membawa tertuduh ini ke negara kita? Jadi melainkan kita mempunyai yang dikatakan teliti diantara negara kita dan negara tersebut."

"Kalau kita tidak mempunyai "treaty" maka ada perjanjian dua hala negara tersebut dengan kita ataupun kuasa tempatan itu dengan negara kita yang membolehkan kita menangkap pesalah ini masuk ke kapal terbang kita secara formal dibawa ke negara kita ini."

"Jadi dalam keadaan sedemikian kalau dia telah dibawa ke negara kita ini dan dituduh di negara kita ini di bawah seksyen yang tertentu, dia mesti ada peguam pembela dan peguam tersebut tidak boleh membangkit soalan jurisdiction sebab ia diluar boundary Malaysia."

"Maka undang-undang SOSMA ini menghantar tertuduh ke Malaysia dan membawa ke mahkamah kita dibicara di sini mengikut garis panduan undang-undang kita."

Junaidi menerangkan dalam keadaan yang sedemikian, kita perlu mendapat kebenaran daripada authority setempat samaada bidang kuasa pemerintah ataupun bidang kuasa pihak Ukraine yang berkuasa ataupun dalam keadaan yang sedikit samar-samar sama ada ada pengaruh Russia membolehkan kita membawa orang ini balik dan dengan demikian, soalan bantahan daripada sudut undang-undang tidak akan berbangkit kalau orang-orang ini dibicarakan di Malaysia. 

"Dalam keadaan sedemikian apabila pesalah boleh dibawa dan dihukum mengikut undang-undang Malaysia, perasaan kecewa, trauma, kesedihan dan hopelessness kepada warga-warga mangsa yang memikirkan samaada kita mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk menuduh mereka ini tidak akan  berbangkit."

Maknanya keluarga yang kehilangan sedikit sebanyak berpuas hati kerana pesalah tersebut telah dapat di bawa ke mahkamah kita, kata Junaidi serta menambah dalam keadaan sekarang ini ia bukanlah semudah yang beliau  sebutkan tadi kerana pihak Belanda pun akan juga mungkin ingin membawa orang ini ke negera mereka mungkinkah mereka juga mempunyai undang-undang yang sama yang beliau sebutkan tadi iaitu 'Extra-Terrestrial Law'.

"Jika Belanda tidak mempunyai jadi the better choice adalah Malaysia. kerana Malaysia mempunyai pasaran undang-undang yang mencukupi untuk membicarakan orang ini kerana pihak peguam bagi pihak tertuduh tidak boleh membangkit soal kekurangan undang-undang dan pastal undang-undang membawa mereka ke Malaysia untuk dibicarakan." 

Apabila di tanya apakah pesalah tersebut (apabila sudah dikenalpasti) akan diekstradisi terus ke Malaysia, Junaidi menerangkan secara terperinci yakni proses ekstradisi ini mempunyai proses perundangan yang amat rumit sedikit kerana pelbagai warganegara negara-nagara lain seperti Indonesia, Singapura , Australia, Amerika Syarikat, Belanda dan banyak lagi yang juga telah menjadi mangsa korban MH17. 

"Jadi negara tersebut kalau tidak pun bangkit soalan mereka hendak bawa juga tertuduh ke negara mereka mungkin juga akan menghantar peguam mereka untuk melihat apa yang dikatakan 'Watching Brief', dalam perbicaraan di mahkamah estradisi itu membawa orang ini kalau Malaysialah memulakan kes membawa tertuduh ke Malaysia akan membuat 'watching brief' di mahkamah untuk mendengar bagi pihak negara mereka sendiri."

"Maka, kalau proses estradisi ini dibuat prosesnya akan lama dan jika kita lihat bahawa kes antarabangsa yang mana kes pemimpin kalau tidak salah saya dari Latin Amerika dahulu ditangkap di Paris hendak dihantar balik ke Latin Amerika itu makan masa yang panjang sekali, bertahun-tahun."

"Kes itu akhirnya habis  diputuskan kerajaan agar dia akhirnya boleh dihantar balik ke negara asal agar dibicarakan di negara mereka. Tetapi disini pun begitu juga. Oleh kerana 'Watching brief' ini banyak persoalan akan berbangkit di dalam mahkamah."

Yakin Malaysia mempunyai kekuatan yang sendiri dalam sudut pasarana undang-undang, Junaidi, pada pandangan peribadi beliau menyatakan Malaysia lebih berkepentingan dalam kerana kapal terbang, krew kapalterbang, termasuk syarikat kapal terbang dalam tragedi MH17 tersebut adalah milik Malaysia, maka, Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk membawa mereka ini ke negara ini. 

Ditanya selain daripada SOSMA, apakah tiada ruang yang lain untuk membawa pihak tertuduh ini ke mahkamah, Junaidi menerangkan, Mahkamah antarabangsa ini boleh juga diwujudkan kalau kita gagal membawa dia ke mahkamah kita seperti apa yang berlaku di negara Bosnia, bekas sebahagian Yugoslavia dulu dimana pemimpin Serbia dibawa ke mahkamah antarabangsa."

"Ini boleh diusul sebagai tindakan yang kedua tetapi pada saya, yang terbaik ialah di bawa ke mahkamah kita kerana saya cukup yakin mahkamah kita mempunyai perundangan yang jauh lebih teratur."

"Mahkamah antarabangsa ini, walaupun tidak menafikan kebaikan ia, tetapi ia tidak mempunyai undang-undang yang keras sebagaimana undang-undang di negara kita yang mana negara dunia telah membebaskan mereka sendiri daripada undang-undang bunuh, undang-undang mati dan sebagainya yang mana Malaysia masih mempunyai undang-undang yang sedemikian."

"Pada saya bukanlah menunjukkan saya ini "blood-thirsty" tetapi pembunuhan berlaku oleh kerana kejatuhan MH17 itu saya tidak ada melihat pengampunan yang boleh diberi kepada pihak tersebut."

"Mereka amat kejam dan menggunakan negara kita sebagai punching bag atau scape goat kepada geopolitik antarabangsa di kawasan sana. Jadi ini tidak boleh dibiarkan sebenarnya. Kalau ini dibiarkan berlaku (tertuduh) dunia akan melihat sebagai membolehkan geopolitik mengorbankan orang sesukahati dan ini diluar penerimaan manusia yang moden dan bertemadun."

-UnReportedNews™®

KEGIATAN ISTERI ORANG DAN JANDA MELACUR DALAM LORI DIDEDAH !!!


ALOR SETAR: Dengan bayaran antara RM30 dan RM100, segelintir wanita berstatus janda dan isteri orang berusia 40-an, sedia menjadi teman sosial kepada pemandu kenderaan itu di negeri ini.

Difahamkan, kadar bayaran bergantung kepada tempoh masa mereka mengikut pemandu lori. Wanita terbabit juga menawarkan khidmat seks jika pelanggan sanggup menambah nilai kad prabayar telefon bimbit serta menanggung makan dan minum mereka sepanjang perjalanan.

Perbuatan tidak bermoral drebar lori tanah dan kontena itu dilakukan pada waktu malam di bangku belakang tempat duduk pemandu selepas selesai menghantar barangan ke destinasi tertentu. Kebiasaannya mereka akan berhenti di tepi jalan atau lebuh raya.
Cermin tempat duduk belakang yang digelapkan selain kedudukan lori yang lebih tinggi daripada kenderaan lain menyebabkan orang ramai tidak menyedari ada pasangan sedang ‘beraksi’ dalam kepala lori berkenaan.

Selain hubungan seks, pelacur lori turut melakukan seks oral kononnya bagi mengelak pemandu lori mengantuk ketika memandu.

Kegiatan itu didedahkan seorang pemandu lori tanah dikenali sebagai Awang, 53, (bukan nama sebenar) yang mengaku pernah melanggan beberapa janda dan isteri orang dalam tempoh sembilan tahun lalu.

Menurut Awang, dia terbabit kegiatan tidak bermoral itu selepas seorang rakan sekerja memberikan nombor telefon seorang janda yang pernah dilanggannya.

“Tanpa berfikir panjang, saya menghubungi janda dikenali sebagai Ayu, 40-an, (bukan nama sebenar) dan dia menemani saya menghantar tanah dari Jitra ke Kulim. Ayu pandai melayan menyebabkan saya ketagih untuk bersamanya,” katanya.

Menurutnya, jika menghantar tanah di luar daerah, dia menghubungi pelacur lori yang menunggunya di tepi jalan atau lebuh raya.

Awang yang bekerja sebagai pemandu lori sejak 27 tahun lalu berkata, ramai janda dan isteri orang dilanggannya membuatkan hubungan bersama isterinya, Wati, 48, (bukan nama sebenar) menjadi renggang.

“Isteri saya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan dia langsung tidak mengesyaki perbuatan itu kerana saya tidak pernah bermalam di luar. Dalam tempoh sembilan tahun itu saya menjadi ketagih sehingga hubungan dengan isteri dan anak-anak terjejas.

“Saya langsung tak mengendahkan isteri serta anak ketika di rumah,” katanya.

Awang yang kini sudah insaf dan bertaubat, mengakui layanan diberikan janda dan isteri orang yang dilanggannya itu agak hebat.

Harian Metro Online

KHALID JUMPA NIK AZIZ MINTA RESTU ???



PETALING JAYA: Walaupun sedang berhadapan dengan tekanan supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih berkesempatan meraikan Aidilfitri dengan mengunjungi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kunjungan sesama pemimpin politik walaupun daripada parti berlainan merupakan amalan biasa, namun peluang yang digunakan Abdul Khalid sempena sambutan hari raya kali ini memberi tafsiran berbeza.

"Berkunjung sempena Aidilfitri ke rumah Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Walaupun kelihatan uzur, beliau masih gagah berbicara. Terima kasih atas kesudian menerima kunjungan," demikian tulis Abdul Khalid menerusi posting terbaharunya di Facebook awal pagi Rabu.

Difahamkan Abdul Khalid mengunjungi Mursyidul PAS itu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baru sekitar pukul 3 petang Selasa.

Abdul Khalid hadir menziarahi Nik Abdul Aziz ditemani isterinya, Puan Sri Salbiah.

Sehubungan itu, timbul cakap-cakap bahawa kunjungan Abdul Khalid itu bertujuan untuk mendapatkan 'restu' daripada veteran PAS itu berhubung masa depannya dalam politik di Selangor.

Namun difahamkan bahawa kunjungan Abdul Khalid itu lebih bersifat untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Nik Abdul Aziz.

Baru-baru ini Nik Abdul Aziz menyatakan sokongan terbuka kepada Abdul Khalid supaya dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selaras dengan pendirian yang dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu pada masa yang sama turut mempersoalkan alasan sebenar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Abdul Khalid untuk melakukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

HAMAS TOLAK GENCATAN SENJATA DI GAZA

HAMAS pada Selasa menolak tawaran kepimpinan Palestin di Tebing Barat untuk mengadakan gencatan senjata selama 24 jam bagi menghentikan pertumpahan darah di Gaza.

Menurut laporan agensi berita Palestin, WAFA berkata, kepimpinan Palestin menawarkan gencatan senjata selama 24 jam, yang boleh dilanjutkan hingga 72 jam, dan idea tersebut mendapat sokongan Hamas dan pejuang jihad Islam di Gaza.

Bagaimanapun jurucakap Hamas di Gaza, Sami Abu Zuhri berkata, laporan WAFA tidak benar dan "tidak berkaitan dengan rintangan", yang "bercakap bagi pihaknya sendiri."

"Apabila kita mendapat jaminan daripada pihak Zionis untuk pengantaraan antarabangsa mengenai gencatan senjata kemanusiaan, maka kita boleh mempertimbangkannya," katanya di Hamas TV.

Israel berulang kali mengecam Hamas kerana menolak cadangan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata yang dipersetujui Israel. Beberapa gencatan senjata sementara berlaku sepanjang konflik itu, dengan setiap pihak mempersalahkan masing-masing kerana tidak mematuhinya.

Pada Isnin, rakyat di Gaza berharap supaya gencatan senjata dilakukan namun serangan berlaku pada pagi Selasa. - CNN

PEMANDU MAUT, BOT LANGGAR BATANG KELAPA !!!


SETIU: Seorang pemandu bot maut selepas bot yang dipandunya terlanggar batang kelapa dalam kejadian berhampiran jeti Merang di sini, Selasa.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.45 pagi itu menyebabkan mangsa Rusdi Mohamad, 38, dari Batu Rakit, Kuala Terengganu maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamad berkata, mangsa bersama tujuh pekerja resort dalam perjalanan ke tempat bekerja ke Pulau Redang.

Katanya, selepas lima minit bot yang dipandu Rusdi berlepas dari jeti Merang, secara tiba-tiba bot laju berkenaan hilang kawalan lalu merempuh batang kelapa dalam air berhampiran pantai di jeti berkenaan.

"Ekoran insiden itu, mangsa yang bekerja sebagai ketua bot dipercayai telah tercampak keluar dari bot berkenaan dan disahkan mati kerana cedera di kepala dipercayai terhentak pada batang kelapa ketika jatuh ke laut," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, kesemua mangsa yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya diselamatkan manakala mayat mangsa dihantar ke hospital Setiu untuk dibedah siasat. 


Bernama

Tuesday 29 July 2014

PEKERJA SYARIKAT BALAK NYARIS MAUT GAJAH NAIK MINYAK


JERANTUT: Dua pekerja syarikat pembalakan di Hutan Kampung Bukit Harimau nyaris maut apabila bangsal kongsi mereka dimusnah oleh sekumpulan gajah liar yang naik minyak, Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika tukang masak, Lee Kam Foo, 56, dan Simak Lambak, 43, seorang pengawal, sedang tidur di bahagian tengah bangsal berkenaan.

Menurut Lee, ketika itu beliau bangun untuk membuang air kecil, sebelum tiba-tiba kedengaran bising di bahagian belakang bangsal itu.

"Sebaik saya menyuluh ke arah bunyi itu saya dapati sekumpulan lima hingga tujuh ekor gajah liar sedang memakan tanaman ubi kayu, pisang dan meranapkan bahagian dapur tempat memasak di bangsal itu.

"Saya mengejutkan Simak yang ketika itu sedang tidur dan sebaik dimaklumkan beliau terus menghidupkan enjin mesin gergaji untuk menghalau kumpulan gajah itu.

"Bagaimananapun tindakan Simak yang merupakan Orang Asli itu menjadikan kumpulan gajah tersebut semakin ganas dan naik minyak lalu menghempaskan beberapa tong diesel dan tayar lori," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanpun, katanya, kumpulan gajah tersebut beredar dari kawasan tersebut setelah beberapa ketika berada di kawasan itu.

Menurut Lee, ketika itu hanya beliau dan Simak berada di tempat kejadian kerana sebahagian besar pekerja balak di bangsal itu pulang bercuti seminggu kerana Hari Raya.

Sementara itu, Ketua Unit Pusat Konservensi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Lanchang, Nasaruddin Othman berkata, kawasan hutan Bukit Harimau sememangnya kawasan habitat gajah dan merupakan laluan haiwan itu ke Hutan Simpan Taman Negara Ulu Tembeling dan Hutan Simpan yang terletak berhampiran.

"Kumpulan gajah tersebut mungkin tersesat kerana kawasan habitatnya telah diceroboh menyebabkan haiwan itu berkeliaraan dan mengganas," katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mencederakan haiwan itu kerana dibimbangi ia akan semakin mengganas apabila tercedera.
mStar

BANK DI SELANGOR KENA BOM

Foto
ANGGOTA polis sedang melakukan pemeriksaan ke atas bank terbabit.
Hulu Selangor: Sebuah bank musnah akibat dibom sekumpulan penjenayah yang cuba menyamun bank terbabit di Bukit Beruntung, di sini, 5 pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (Risikan dan operasi) Asisten Komisioner Roslan Radzi berkata, dalam kejadian itu bank terbabit dipercayai dibom menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

"Siasatan awal polis mendapati dua bom dipasang di kawasan kaunter pengeluaran wang yang mana salah satu bom itu telah meletup manakala satu lagi tidak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Katanya, bagaimanapun wang tunai di mesin ATM terbabit dipercayai tidak dilarikan penjenayah.

ANGGOTA polis sedang melakukan pemeriksaan ke atas bank terbabit.

Roslan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kumpulan suspek.
myStar

PAS KHIANATI PAKATAN - RAFIZI



KUALA LUMPUR: Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang telah bocor kepada umum memberi gambaran masih terdapat unsur pengkhianatan kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.


Rafizi berkata kenyataan yang dibuat oleh Dr Zuhdi, biarpun apa alasan yang diberikan, telah merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej Islam membawa rahmat ke seluruh alam yang dibawa PAS sendiri.

"Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari PERKASA dan ISMA memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat

"Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam.

"Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui Pakatan Rakyat, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil ‘aalamin)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, cadangan Dr Zuhdi yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan termasuk Buku Jingga.

Ahli Parlimen Pandan itu mendesak supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian PAS berkenaan perkara tersebut.

"Apakah tindakan disiplin yang diambil ke atas Dr Zuhdi Marzuki yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang PAS meterai dengan Pakatan Rakyat dan rakyat yang mengundi PAS/Pakatan Rakyat?

"Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi Marzuki ini?" katanya.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan partinya tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.

"Pendapat yang dikemukan Dr Zuhdi merupakan suatu pandangan peribadi beliau yang dikomunikasi melalui media sosial dan bersifat informal.

"PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.

"Secara tegasnya olahan perancangan senario Dr Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP)," katanya yang juga Pangarah Esekutif PPP.

Semalam tersebar paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatapps AJK PAS Pusat mengenai isu di Selangor dan kemungkinan yang akan berlaku.

Dalam paparan itu, terdapat analisis yang dikatakan daripada Dr Zuhdi yang berpendapat PAS masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan UMNO.

whatsapp zuhdi
Paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatsapp AJK Pas Pusat yang tersebar semalam

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dibuat di laman Facebook. Dr Zuhdi menegaskan beliau tidak termasuk dalam senarai kumpulan yang menyokong usul keluar Pakatan Rakyat.

"Saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.

Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur," tulis Dr Zuhdi.

fb zuhdi