ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AWAS !!! "VIDEO GADIS MABUK SETELAH PESTA" DISEBAR UNTUK TUJUAN KHIANAT !!!

Friday 12 December 2014

AWAS !!! "VIDEO GADIS MABUK SETELAH PESTA" DISEBAR UNTUK TUJUAN KHIANAT !!!


KUALA LUMPUR: Pengguna Facebook dinasihati agar tidak membuat klik pada pautan video bertajuk ‘Gadis Mabuk Setelah Pesta’ atau ‘Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk’ yang tersebar di laman sosial itu.

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pautan berkenaan cuba untuk menarik pembaca dengan memaparkan visual berunsur lucah.

“Apabila anda klik pautan itu, anda akan diminta memasang satu perisian berbentuk ‘plugin’ yang sebenarnya adalah sejenis malware (virus),” menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook suruhanjaya itu.

SKMM meminta pengguna yang menjumpai kandungan sedemikian membuat laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan ‘Report This Post – It’s spam’ di bahagian kanan (atas) kandungan berkenaan.

“Jika akaun (Facebook) anda telah dijangkiti malware, sila tukar kata laluan secepat mungkin dan sampaikan peringatan ini kepada rakan-rakan anda,” menurut kenyataan itu.
BERNAMA

No comments:

Post a Comment