ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: AL FATIHAH: DATO' FUAD TAN SRI HASSAN, KETUA PENGARAH JASA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Monday 8 December 2014

AL FATIHAH: DATO' FUAD TAN SRI HASSAN, KETUA PENGARAH JASA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Innalillahi wainna ilaihi raajiuun.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu. 

Dimaklumkan bahawa YBhg Dato' Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah  Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) telah meninggal dunia sebentar tadi jam 12.20am di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Allahyarham rebah di Majlis Makan Malam Sempena Penutupan Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu.

Dato' Fuad Tan Sri Hassan, 62, yang dikatakan duduk semeja bersama Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Zulkefli Salleh, tiba-tiba pengsan namun sempat disambut Penasihat Undang-undang KKMM, Yang Zaimey Yang Ghazali.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan lanjut, sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan  kira-kira jam 2 pagi hari yang sama untuk rawatan susulan.

Jenazah Allahyarham Dato' Fuad Tan Sri Hassan akan diambil oleh pihak PDRM dan akan dimandi serta dikafankan di IPD Kuantan. Sebaik sahaja selesai jenazah akan terus dibawa ke rumah Allahyarham di No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor.

Jenazah akan dikebumikan seawal jam 11.00am esok di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang.


No comments:

Post a Comment