ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: 174,143 SYARIKAT DAFTAR GST HINGGA AKHIR NOVEMBER

Monday 1 December 2014

174,143 SYARIKAT DAFTAR GST HINGGA AKHIR NOVEMBER

alt
KUALA LUMPUR 1 Dis - Syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 174,143 hingga pada 30 November, naik 723 daripada hari sebelumnya, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Bilangan syarikat yang mendaftar GST kini sudah lebih daripada sasaran kerajaan sebanyak 140,000 menjelang hujung tahun ini.

Perniagaan dengan jualan tahunan kurang RM500,000 juga digalakkan mendaftar sebagai persediaan jika hasil mereka melebihi RM500,000 pada masa depan.

Syarikat yang mempunyai pendapatan tahunan lebih RM500,000 diwajibkan mendaftar sebelum tarikh akhir pada 31 Disember ini, menjelang pelaksanaan sistem percukaian baharu itu pada 1 April 2015.

No comments:

Post a Comment