ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #LEBUHRAYA RAKYAT : KEMANA PERGINYA WANG DERMA RAKYAT DAN WANG PENDAHULUAN RM5 JUTA ???

Monday 27 January 2014

#LEBUHRAYA RAKYAT : KEMANA PERGINYA WANG DERMA RAKYAT DAN WANG PENDAHULUAN RM5 JUTA ???



LEBUHRAYA RAKYAT (LERAK)

KEPIMPINAN PAS KELANTAN MESTI DEDAHKAN KEMANA PERGINYA WANG DERMA RAKYAT DAN WANG PENDAHULUAN RM5 JUTA ???

Yang kita tahu sekarang, syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) yang menyaman kerajaan Kelantan RM 230 juta kerana projek itu dibatalkan, sudah lebur RM 5 juta untuk ”kerja-kerja berkaitan projek tersebut”. Apakah dia ”kerja-kerja berkaitan yang dimaksudkan”??? 

Setahu kita baru batu asas saja yang tegak, takkan itu pun telan RM 5 juta?

Inilah persoalannya sekarang yang kita lihat tidak ramai balaci yang nak bertanya, apatah lagi tergerak nak buat parodi.

Melihat kepada projek tersebut yang tidak ada apa-apa perkembangan (melainkan tugu batu asas untuk Nik Aziz rasmikan yang dah ditelan semak samun), jumlah RM 5 juta yang didahulukan syarikat berkenaan memang meragukan kita semua.

Lebih baik lagi kalau kerajaan Kelantan dibawah kepimpinan baru menjelaskan kepada kita semua kemana wang itu dibelanjakan supaya tidaklah nanti timbul apa spekulasi negatif yang boleh menjejaskan Menteri Besar Kelantan yang baharu dilantik, Datuk Ahmad Yaakub.

Kita harap pihak-pihak berkenaan tidak duduk diam dalam isu ini dan menjalankan siasatan yang sewajarnya sebelum lebih ramai rakyat ditipu. Selama hari ini PAS ‘potray’ mereka sebagai bersih, cekap, bebas rasuah dan segala apa taik yang lain.

Bila timbul kes-kes macam ini, kita tahulah tak sebersih mana pun, tetap ada unsur-unsur meragukan di sana sini.

Dalam hal ini sudah tentulah yang jadi bodoh ialah pengikut dan penyokong PAS yang murah hati sangat bagi duit untuk projek tersebut, kononnya "DERMA AKHIRAT". Sampai bilalah nak jadi bodoh, kita pun tak tahu, mungkin sampai mati agaknya.


No comments:

Post a Comment