ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: July 2013

Wednesday 31 July 2013

ISU VIDEO HINA ISLAM : MAZNAH DITAHAN POLIS !!!

UM.31/07: Maznah Mohd Yusof, jurulatih anjing yang dipercayai terlibat rakaman video menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' ditahan petang ini
Polis hari ini menahan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof, yang mencuri tumpuan ramai dengan video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing.
Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.
Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan,” katanya.
Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.
Katanya, Maznah juga memaklumkan bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam. – Malaysiakini.com

Penerbit video yang didakwa menghina Islam, ‘1 Hari Di Hari Raya’ , Maznah Mohd Yusof, 38, disahkan ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya Latheefa Koya ketika dihubungi Sinar Harian kira-kira jam 6 petang tadi.

Latheefa berkata, anak guamnya ditahan polis kira-kira jam 4.30 petang dan dibawa ke Jabatan Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk diambil keterangan.

"Saya diberitahu bahawa polis dalam proses mengambil keterangan dari Maznah berhubung video ‘1 Hari Di Hari Raya’," katanya.

Semalam, negara dikejutkan kembali dengan sebuah video yang didakwa menghina umat Islam.

Video itu menunjukkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.
 
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan individu itu memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

Dalam pada itu, sebuah portal berita hari ini melaporkan, individu berkenaan yang turut dikenali sebagai Chetz berkata, beliau berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir dan menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.

“Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya yang dibuat tiga tahun lalu," katanya. - Sinar Harian

LIBERAL JENAMA BAHARU PAS !!!


Mungkin ramai yang tidak menyedari atau sengaja tidak mahu ambil kisah demi manfaat politik golongan tertentu (political mileage), bahawa negara kita kini telah mula berjinak-jinak untuk mengiktiraf golongan Transgender (Pondan, Maknyah dan Pengkid atau apa juga gelaran yang diberikan kepada golongan ini). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Pulau Pinang dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Teh Yee Cheu telah melantik Hezreen Shaik Daud sebagai setiausaha politknya yang merupakan seorang Transgender. Isu Transgender ini bukanlah untuk mengaibkan "si transgender" tersebut tetapi isu ini ialah bagaimana rakyat negara ini bertindak dan mengambil pendekatan mengenai keadaan ini.

Jika hari ini DAP secara terang dan berani mengambil pendekatan mengiktiraf Hazrin dengan acknowledge perlantikan beliau sebagai setiausaha politik itu dengan status jantina "Transgender", jangan terkejut jika satu hari nanti kita bakal dihidangkan dengan calon-calon pilihanraya atau exco kerajaan negeri dari golongan pengamal Lesbian, Gay, Bisexual, Transsexual (LGBT). Semua ini berlaku adalah akibat sikap kita yang hanya melihat dan gagal mengambil tindakan yang perlu untuk menangani gejala ini.

Selaku "Abang Besar" (seperti yang didakwa) dalam Pakaatan Rakyat, di mana peranan PAS dalam isu ini??? ternyata "si transgender" itu berketurunan Melayu-Islam dan pastinya menjadi tanggungjawab PAS untuk menegur atau mengambil tindakan sewajarnya terhadap tindakan ADUN DAP itu. Tapi kita sedar, PAS yang ada sekarang ini hanyalah satu parti yang bertindak hanyalah semata-mata demi populariti dan peti undi (P&P) dan bukannya parti yang benar-benar mengambil jalan politik ini untuk membela bangsa apatah lagi Islam.

Seluruh saf kepimpinan PAS perlu dipertanggungjawabkan dalam hal ini kerana perkara ini berlaku dalam "ruang lingkup" Pakatan Rakyat dan isu ini adalah "isu dalam kain" Pakatan. Jika nanti PAS masih lagi bertanya mengapa UMNO tidak menyuarakan kekesalan berkenaan isu ini, kita boleh jawab apa peranan PAS dalam Pakatan yang dahulunya digembar-gemburkan sebagai agen tarbiah dan dakwah untuk mengajak orang bukan Islam lebih memahami Islam. PAS kini Liberal demi Peti Undi dan Populariti tajaan Pimpinan Anwarinas yang menolak permuafakatan Islam!!

MEMANG BIADAP DAN KURANG AJAR !!! VIDEO TAKBIR RAYA HINA UMAT ISLAM.



Saksikanlah video yang mempunyai unsur-unsur menghina Islam yang dibuat oleh seorang budak bernama Chetz. Video parodi Iklan Hari Raya ini bertajuk "1 Hari Di Hari Raya", dimana dia meletakkan background takbir sambil membasuh kaki anjing dan menunjukkan diri dia membasuh kaki seolah2 mengambil wudhu'. Selepas itu dia menjamu kuih raya kepada anjingnya.

Di penghujung video, Chetz menulis "Raikan lah Aidil Fitri Bersama-sama Tanpa Mengira Species - Manusia & Anjing (Haiwan)", Warna (Belang, Coklat Gelap, Tompok-tompok), Dan Asal-Usul" - Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Bathin Dari Chetz Sekeluarga. 

Video ini telah tersebar di laman Facebook dan telah mendapat ribuan "share" dan "like".

Apa motif pembuat video ini berterusan membuat video menghina Islam sebegini? Selepas Alvin dan Vivian, ada lagi mereka yang biadap menghina umat Islam dalam bulan Ramadhan ini.

Kerajaan Malaysia dan Majlis Agama Islam sila ambil tindakan. Bukan nya susah sangat nak "trace" siapa budak ni...teknologi Malaysia kan sudah canggih. Selagi undang2 kat malaysia ni tak ketat selagi tu lah kejadian seumpama ini berlaku.

Tindakan harus diambil segera. Usah lagi berkompromi dan berdiplomasi. Orang yang biadap jangan dibenar untuk dijamin, tempatkan mereka dengan hukuman yang keras agar menjadi pengajaran kepada yang lain. 

Tuesday 30 July 2013

LAWAK BODOH DARI MAHFUZ OMAR !!!



Beginilah tahap mentaliti Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar yang berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai fahaman Syiah yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Dalam maklum balasnya kepada pemberita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Ahli Parlimen Pokok Sena itu secara sinis turut melontarkan soalan berhubung apa itu Syiah.

''Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja,'' katanya ringkas.

Baru-baru ini kerajaan mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Tindakan tegas itu adalah rentetan daripada gerakan aktif pertubuhan berkenaan sehingga memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perisytiharan tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandukan kepada peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Ahmad Zahid turut mengesahkan terdapat beberapa pemimpin dari sebuah parti pembangkang secara aktif terlibat menghebahkan fahaman Syiah di beberapa negeri.

Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan dua pemimpin sebuah parti politik dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan fahaman tersebut.

Malah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan Pas sukar untuk menafikan bahawa fahaman Syiah tidak wujud di dalam parti itu dan antara puncanya adalah kegagalan pucuk pimpinan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang berita atau aduan mengenai penglibatan pemimpin serta ahlinya di dalam fahaman tersebut.

Beliau berkata, selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah.

Perkara itu turut ditegaskan aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin yang memberitahu pembabitan ahli Pas termasuk pemimpin kanan parti tersebut dengan fahaman Syiah bukan suatu perkara baharu tetapi telah berlaku sejak puluhan tahun lalu.

Sementara itu, pemberita gagal untuk mendapatkan reaksi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung perkara sama.

11 HOSPITAL BARU DIBINA TAHUN INI !!!


KUALA LUMPUR, 29 Julai –  Kementerian Kesihatan mendapat kelulusan membina 11 hospital baharu di seluruh negara tahun ini.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ia melibatkan Hospital Parit Buntar di Perak, Hospital Shah Alam (Selangor), Hospital Tampin dan Hospital Rembau (Negeri Sembilan) serta Hospital Bera dan Hospital Rompin (Pahang).
Yang lain ialah Hospital Kuala Krai dan Hospital Bachok (Kelantan) serta Hospital Lawas, Hospital Petra Jaya dan Hospital Sri Aman (Sarawak).
“Berbanding 140 hospital yang ada sekarang, 14 termasuk Hospital Kuala Lumpur dikategorikan sebagai hospital negeri, masing-masing 26 hospital berpakar major dan minor, 66 hospital tanpa pakar dan lapan institusi perubatan khas,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini Isnin.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar berhubung jumlah hospital daerah yang ada sekarang, bilangan yang akan dibina tahun ini dan bila sebuah hospital akan dibina di daerah Marang, Terengganu.
“Kementerian mendapati belum ada keperluan mendesak buat masa ini untuk membina hospital baharu di Marang. Ini kerana perkhidmatan rawatan pesakit bagi penduduk daerah itu telah diliputi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, kira-kira 20 kilometer dari Bandar Marang,” jelas Dr Hilmi.
Selain itu, beliau berkata statistik kesihatan penduduk sedia ada juga mendapati tidak ada justifikasi keberkesanan kos agak kukuh untuk membina sebuah hospital daerah baharu.
Bagaimanapun, beliau berkata sebuah projek klinik kesihatan di daerah itu dijangka mula dibina pada 2014 dengan anggaran kos RM25 juta.
Kepada soalan tambahan, beliau berkata kementerian berhasrat mengurangkan nisbah doktor berbanding penduduk kepada 1:400 menjelang 2020 berbanding seorang bagi setiap 700 sekarang.

PENGASAS AMBANK MATI DIBUNUH.

Pengasas AMBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi (gambar), 75, yang berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena tembakan. 
Beliau yang kini merupakan penduduk tetap Malaysia berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian kira-kira pada jam 1.30 tengahari.

Isterinya yang cedera terkena tembakan di badan dikejarkan ke hospital.




Saksi kejadian berkata pasangan itu terdahulu melawat kuil yang berada di hadapan tempat letak kereta.

Saksi yang tidak mahu namanya didedahkan berkata dia berada di gerai makan apabila seorang lelaki berjalan mendekati pasangan itu.

“Kemudian saya mendengar bunyi beberapa das tembakan dan melihat pasangan itu tumbang. Saya berlari menyelamatkan diri apabila lelaki itu menuju ke arah saya,” katanya.

Dia berkata lelaki bersenjata itu yang memakai topi dan cermin mata hitam bergegas meninggalkan tempat kejadian menaiki teksi.

Kejadian tembakan itu berlaku selang beberapa hari selepas pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan ditembak di Bahau. Bulan lalu juga mencatatkan beberapa siri tembakan.

Pengerusi Kumpulan Ambank Berhad Tan Sri Azman Hashim mengucapkan takziah kepada isteri Hussain dan menyatakan beliau sedih dengan insiden itu .~ The Malaysian Insider 

Monday 29 July 2013

LAILATUL QADAR.


Carilah Lailatul Qadar
Banyak hadis yang menyebutkan tentang hal ini, antaranya:
Maksudnya: “Barangsiapa yang beribadah pada saat lailatul qadar, kerana iman dan mengharap pahala, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (riwayat Imam Al Bukhari dan Nasa-i)
Nabi SAW juga menyebut seperti yang datang dari Aisyah RA,
Artinya: “Carilah lailatul qadar di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.” (riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Bahkan Nabi SAW memberikan petunjuk yang lebih terperinci untuk kita mencari Lailatul qadar dengan memperincikan lagi di dalam riwayat yang lain,
Ertinya: “Carilah malam al-qadar di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Baginda SAW turut bersabda dalam riwayat yang lain,
Ertinya: “Maka carilah (lailatul qadar) pada malam kesembilan, ketujuh, dan kelima (dari 10 malam yang terakhir).” (riwayat Imam Al Bukhari)
Bukan sekadar itu sahaja, datang pula atsar dari Ubay bin Ka’b RA yang berkata:
“Demi Allah, sungguh aku tahu malam mana malam itu (lailatul Qadar), ia adalah malam di mana Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk menghidupkan malamnya, iaitu malam ke 27.” (riwayat Imam Muslim)
Ini adalah pendapat sahabat Nabi RA. Walaubagaimanapun Al Hafidz Ibn Hajar Al Atsqalani rahimahullah membuat rumusan daripada keseluruhan tentang hadis-hadis berkaitan Lailatul Qadar, menurutnya Allah SWT lebih mengetahui bilakah malam tersebut, cuma Nabi SAW memberi kepada kita tanda-tandanya maka kita dituntut mencari dan menghidupkan malam tersebut.
Ia bukan bererti Nabi SAW menetapkan malam itu pada 27, 29, atau 25, tetapi sebenarnya ia adalah sebagai satu ujian kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT.
Orang yang tidak pernah menghidupkan malam sejak awal Ramadhan dan hanya menunggu untuk beribadat pada lailatul qadar tidak mungkin berhasil mendapatkan malam tersebut, melainkan dia konsisten sejak awal lagi, mudah-mudahan dia memperolehnya.
Tanda-tanda Lailatul Qadar
Tanda-tanda lailatul qadar menurut adat melayu seperti pokok sujud dan sebagainya, ia mungkin hanyalah dongeng dan ianya tidak pernah wujud dari ajaran agama.
Kita hanya mengambil ilmu tentang lailatul qadar dari hadis-hadis Nabi SAW, antaranya:
1. Malam yang cerah, tidak panas dan tidak sejuk
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula sejuk, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar.” (riwayat Ibnu Khuzaimah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam koreksi beliau terhadap shahih Ibnu Khuzaimah)
2. Pada pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar.” (riwayat Muslim, no. 1762)
Walaubagaimanapun, perkara-perkara ini semua tidak boleh ditunggu baru hendak beramal, ianya tidak akan menjadi. Kita juga tidak mahu mencarinya di siang hari, sedangkan pada malam sebelumnya kita isikan dengan tidur.
Itu semua bukan yang terpenting, ianya hanyalah tanda-tanda yang diberikan oleh Nabi SAW sebagai satu semangat untuk kita mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Yang pentingnya adalah menghidupkan malam-malam di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.


Wallahu-A’lam.

MEMANG ADA PEMIMPIN TERTINGGI PAS AMAL SYIAH !!! (VIDEO INSIDE)


Perbezaan antara Haji Hadi dengan Allahyarham Ust. Fadzil Noor adalah zaman Allahyarham memecat ahli PAS yang Syiah, zaman Haji Hadi pula sebaliknya.

 
Apa sudah jadi dengan PAS?

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi Pas mengamalkan fahaman Syiah.

Pemimpin itu ujarnya, dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat, melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

"Apa yang ingin saya tonjolkan di sini, pemimpin tertinggi Pas dikatakan tidak mempunyai taring dan keberanian politik untuk mengambil tindakan drastik terhadap pemimpin atasan tersebut yang selama ini secara terang-terangan menyalahi undang-undang tubuh Pas."

"Undang-undang tubuh Pas mengharamkan ahli-ahlinya menganut fahaman selain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya.

Selain itu Hasan berkata, terdapat juga berita mengenai adanya pemimpin tertinggi Pas telah dipanggil bersemuka dengan Majlis Syura Ulama untuk mengiya atau menafikan penglibatannya di dalam kegiatan Syiah. 

Utusan sebelum ini melaporkan dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah negara ini terutama di utara tanah air. - Utusan

HOT !!! KOMANDO VAT69 BIDAS TAYANGAN FILEM "THE NEW VILLAGE. TAHNIAH ‏@Zahid_Hamidi @shaberyc ATAS TINDAKAN SEGERA !!!


Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan  Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”.  Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya.

Ini menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan pihak yang menyokong pembangkang. Sekiranya mereka ini menafikan bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut kepada pembangkang.

Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam Negara kita  mulai 23 Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan negara. Tayangan trailer filem tersebut menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru telah mula tersebar sejak minggu ini.
Astro Shaw  jelas amat tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit ataupun sebenarnya mereka merupakan penyokong tegar pihak pembangkang. Maka pihak-pihak yang terlibat harus menbuka mata dan telinga mereka agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting yang mampu menggugat keselamatan Negara.

Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi & Multimedia wajib mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer. Filem sejarah negara seperti Tanda Putera telah ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu yang berterusan cuba menukar sejarah perjuangan Negara kepada pro komunis.

Assalamualaikum DS Shabery Cheek, 

Kelulusan tayangan filem 'The New Village' menimbulkan kegusaran kami kerana setelah penelitian dibuat,filem ini secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan Polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan.

Justeru,dengan bidang kuasa Dato' sebagai menteri penerangan,kami mengharapkan penjelasan dari pihak dato' dan FINAS berkenaan:

1)Apakah kriteria yang digunapakai FINAS dalam meluluskan tayangan filem ini?

2)Mengapa filem 'Tanda Putera' begitu sukar mendapatkan kelulusan sedangkan filem ini hampir tiada sekatan dan tahu-tahu sahaja,ia bakal ditayangkan.

Semoga penjelasan dan tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak Dato' sebelum timbul perkara-perkara yang tidak diingini hasil dari kemarahan orang ramai terhadap filem ini.

- Sidang Redaksi Admin Vat 69 - PS dan Rakyat Malaysia-


RESPON MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA.
Syabas kepada Pak Menteri , DS Shabery Cheek yang cepat respon isu filem agungkan PKM iaitu The New Village  yang didedahkan di blog dan menjadi isu utama di Utusan Malaysia hari ini . Kita tunggu jawapan dari FINAS dan SKMM dan ia akan diharamkan untuk tayangan di negara ini.

DAN INI PULA RESPON MENTERI DALAM NEGERI

Pihak Lembaga Penapisan Filem(LPF) telah ambil keputusan untuk MENAHAN tayangan filem ini bagi mengelakkan kontroversi... Ianya akan diteliti semula terutamanya mesej2 tersembunyi termasuk perkara yang berkaitan dengan komunis... - Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR !!!


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahwa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda ..., “Ketika datang bulan Ramadan: 
sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Wujudnya satu malam rahsia yang amat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadan khusus untuk umat Islam. Walaupun begitu, Allah merahsiakan waktu sebenar berlakunya malam tersebut daripada pengetahuan manusia agar mereka bersemangat untuk mencarinya. Ribuan malaikat akan turun ke bumi dan datang mendekati manusia yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan lalu mendoakan setiap daripada manusia itu yang sentiasa mendekati Allah SWT pada malam tersebut. Allah juga menyatakan kepada para malaikat bahawa doa-doa yang dipohon hambanya akan di makbulkan.

Antara kelebihan malam tersebut ialah malaikat turun bersama empat panji-panji iaitu empat bendera yang diletakkan di empat tempat iaitu, diletakkan di atas makam nabi, di Baitul Maqdis, Baitullah dan Bukit Thur.

Lailatul Qadar adalah malam yang penuh berkat dan digambarkan ia lebih baik daripada 1000 bulan. Barang siapa yang terlepas daripada mengecap malam itu, maka dia telah terlepas daripada segala kebaikan dan sangat rugi.

Oleh yang demikian, seorang Muslim itu seharusnya berebut-rebut dalam mencari ganjaran pahala Allah dan melakukan ibadah dengan lebih giat dengan dasar iman. Mereka haruslah mencontohi Rasulullah yang gigih beribadah pada sepuluh malam ganjil terakhir bulan Ramadan yang dikatakan berlakunya malam Lailatul Qadar itu. ‘Aisyah r.a menceritakan, “Rasulullah s.a.w. sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan melebihi kesungguhan baginda di waktu yang lainnya.” (Riwayat Muslim)

Adapun yang dimaksudkan dengan menghidupkan malam Lailatul Qadar adalah dengan melakukan ibadah pada sepertiga malam dan bukannya seluruh malam. Ibadah yang dilakukan bukan hanya dengan bersolat, malahan berzikir kepada Allah dan membaca Al-Quran. Namun, amalan solat merupakan amalan yang lebih utama dari amalan yang lainnya. Sepertimana yang diriwayatkan dalam hadis, “Barangsiapa melaksanakan solat pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Riwayat Bukhari)

Setiap umat Islam sangat digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan doa pada malam tersebut terutama doa yang sentiasa menjadi amalan Rasulullah. Dari ‘Aisyah r.a berkata, “Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika kau mengetahui suatu malam adalah Lailatul Qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?”
Baginda menjawab, “Katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah) 

Antara tanda terjadinya malam istimewa itu adalah suasana yang tidak panas dan tidak sejuk serta pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.

Kebiasaannya Rasulullah s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramadan selepas waktu asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca Al-Quran, bertasbih dan bersembahyang. Isteri-isteri baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadan adalah fardu Kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad (utama) dalam mazhab Syafie.



Sunday 28 July 2013

MALAYSIA TIDAK TERIMA SYIAH !!!



Sesiapa sahaja yang mengamalkan Syiah tidak akan diterima fahaman itu di negara ini, sebaliknya akan dikenakan tindakan tegas tanpa mengira status atau fahaman politik mereka, demikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata apabila bercakap tentang Syiah, anggotanya amat sukar dikesan kerana golongan itu selalunya menyembunyikan identiti dan sering berbohong bagi mengelakkan diri mereka dikesan menganuti fahaman itu.

"Kalau nak kata ada mana-mana pemimpin politik terlibat Syiah, yang tu kita tak tau. Tapi kalau sebut fasal siapa anut Syiah, tak kira dia parti apa akan ditolak di negara kita.

"Lagipun kena ada bukti yang kukuh, kita tidak boleh senang-senang tuduh siapa (anut Syiah) sebab mereka dibenarkan berbohong, itu rukun yang mereka pegang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya untuk golongan kurang bernasib baik dalam Dun Guar Chempedak di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan tersiar di akhbar tempatan bahawa dua pemimpin tertinggi sebuah parti politik dikenal pasti sebagai bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan Syiah di negara ini terutama di utara tanah air.

Akhbar itu melaporkan sumber sebagai berkata, kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu telah lama terlibat dalam gerakan Syiah dengan berselindung di sebalik fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengaburi orang ramai dan pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir yang juga anggota Parlimen Jerai berkata lebih 4,000 golongan kurang bernasib baik terdiri daripada ibu tunggal, miskin serta anak yatim telah dikenal pasti dalam parlimen itu dan akan dibantu bagi meringankan beban mereka menyediakan persiapan hari raya.

"Seperti hari ini kita memberikan sumbangan wang tunai kepada lebih 1,000 penerima dan berharap ia dapat memberi kekuatan semangat untuk golongan kurang bernasib baik ini untuk menyambut hari raya.

"Umno di Jerai ini tidak pernah jemu membantu pengundi dan semua masyarakat dalam Parlimen ini, termasuklah bekas calon BN Dun Sungai Limau (Fadzilah Mohd Ali) yang tetap turun padang membantu masyarakat," katanya. - Bernama

WANITA YANG BERGELAR ISTERI MESTI BACA !!!


10 PERKARA YANG SUAMI NAK ISTERI TAHU:

1. "Tolong jangan anggap abang tahu apa yang sayang sedang fikirkan,sebab abang memang tak tahu"
2. "Kadang-kadang abang nak sayang yang "mulakan" aksi kita di dalam bilik tidur, selalu abang yang mula dulu!". Ramai suami yang menunggu-nunggu isteri mereka bertindak dulu.
3. "Buatkan suprise untuk abang dengan bersembunyi di belakang pintu bilik dan tariklah abang ke dalam bilik. Abang suka isteri yang nakal"
4. "Abang suka cara abang berpakaian. Jangan cuba tukar imej abang"
5. "Kalau kita berjalan bersama,abang suka sayang kepit tangan abang rapat-rapat"
6."Bila abang kata "sayang pilihlah", bermakna memang sebenar-benarnya abang nak sayang yang pilih.Jangan tanya balik kepada abang "nak yang mana ye?"
7. "kalau nak tidur, abang suka kalau sayang baring dan letakkan kepala sayang atas dada abang sambil tangan pun letak di dada abang"
8. "Kalau sayang nak mintak tolong abang buat kerja, terus je mintak tolong,tak perlu berkias-kias"
9. "Sayang tak perlu tanya abang berkali-kali","abang sayang saya tak?"sebab bila abang dah jawab sayang , memang abang maksudkannya"
10. "Abang tahu abang buat salah,tapi tolonglah jangan membebel tantang kesalahan abang."

Seseorang Isteri juga seharusnya memberitahu suami mereka tentang...

UNDIAN DAN JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2013.


Berikut adalah keputusan undian bagi menentukan 16 pasukan yang telah layak beraksi di saingan Piala Malaysia 2013, edisi ke-87 berada di dalam kumpulan masing-masing yang terdiri daripada kumpulan A , B, C, dan D.

Majlis undian tersebut diadakan di TM Convention Centre, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur  pada 27 Julai 2013 dan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi stesen penyiaran berbayar Astro Arena saluran 801 bermula jam 5.30 petang.

Kumpulan A
1) SELANGOR
2) ATM
3) KL SIME DARBY
4) JOHOR FA

Kumpulan B
1) JOHOR DARUL TAKZIM
2) SELANGOR PKNS
3) T.TEAM
4) KL FELDA UNITED

Kumpulan C
1) KELANTAN
2) PAHANG
3) TERENGGANU
4) NEGERI SEMBILAN

Kumpulan D
1) LIONS XII
2) PERAK
3) SARAWAK
4) KEDAH


JUARA bertahan Piala Malaysia, Kelantan dijangka berdepan tugas getir untuk mengekalkan piala itu bagi tahun kedua berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara.   
   
Pada majlis undian yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di sini hari ini, juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan.
   
Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah.
   
Dalam saingan kumpulan A, juara 32 kali, Selangor, yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby FC dan Johor FA.
   
Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang meraih tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim ini, bakal mengetuai cabaran dalam kumpulan B bersama tiga pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan Felda United FC.
   
Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadualkan bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia    (FAM) - Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos.
   
FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 3 Nov ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
- Bernama

 
Kumpulan A    Kumpulan B   Kumpulan C  Kumpulan D
      1- Selangor
      2- ATM
      3- Sime Darby
      4- Johor
     1- Johor DT
     2- PKNS FC
     3- T- Team
     4- Felda United
     1- Kelantan
     2- Pahang
     3- Terengganu
     4- Neg. Sembilan
       1- Lions XII
       2- Perak
       3- Sarawak
       4- Kedah

Tarikh dan jadual perlawanan

FasaPusinganTarikhPerlawanan
Peringkat Kumpulan       Matchday 1          20 Ogos 2013
       Matchday 2          24 Ogos 2013
       Matchday 3          27 Ogos 2013
       Matchday 4          31 Ogos 2013
       Matchday 5          17 September 2013
       Matchday 6          21 September 2013
Suku akhir 1 & 2          28 September 2013& 04 Oktober 2013
Separuh akhir 1 & 2      18 & 19 Oktober 2013   25 & 26 Oktober 2013
          Final             03 November 2013