ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: June 2013

Sunday, 30 June 2013

EMAIL BERAPI DARI RAKYAT PENANG !!!


Assalam..

Saya nak kongsi pengalaman saya hadiri kursus di Penang.

Sebelum tu saya nak maklum yg saya ni buat bisnes Shaklee.. (in case kalau tuan penah dgr la..ini adalah product makanan tambahan)
Tutup kisah tu...

saya pegi kursus utk new distributor.
Ditakdirkan Allah sy duk sebelah cina pulau pinang la.
Sesi perkenalan ok lah sebab masing2 jalankan bisnes yg sama.
tiba2 dia masuk bab investment.
Ok lagi..dia merepek meraban saya dengarkan.

Tiba-tiba lagi dia mention pasal investment yg libatkan anak Tun Mahathir (mokhzani la kot).
dia kata kalau bisnes anak mahathir, saya tak mau labur. sebab apa, sebab dia sudah bankrup.. sapa mau orang yg dah bankrup.

Kelemahan saya tak reti nak balas balik walaupon memang emosi dan sentap lah jugak.
bukankah anak tun sekarang ni salah seorang bisnesman yg berjaya.
gagal tu sesiapa pon penah lalui kan?
Tapi tulah , bila dah balik baru teringat ayat yg ptt di balas.
Masa berdepan jadi kelu..mungkin sebab geram, marah sentap..lagi pon saya fikir lawan cakap dengan cina ni mengabihkan boreh jer..
Pastu stop...

Kemudian dia bukak pulak bab kereta.
Pasal kereta mahal.
say akata proton dah murah sekarang, amiklah.
Dia kata proton stil mahal.
Dok compare dgn Vios yg murah kat Thai
dia tanya antara vios dgn proton mana u pilih?
saya kata saya pilh proton.kita punya identiti kan?
lagipon thailand tu walau dia anggap itu kereta dia(sebab dia kata thai anggap toyota vios tu kereta nasional mrk), tapi still bukan kereta mereka.say ajawab mcm tu lah.

Dalam hati nak je kata, ko pegi pndah thailand.
still rasa hormat dan adab sopan saya jaga..rasa nak jer sound..saya datang nak belaja bukan nak berpolitik
Pastu tunjukkan plak bagunan umno yg pencawang runtuh tu
aya sound dia, saya kata ok lah tu.mmg u all suka kan? boleh buat bangunan baru..
Dia sengih jeeee....eiiiiiiiiiii geram betol..

Dan memang orang cina malaysia dah terpengaruh dgn dakyah pemabngkang.kalau kerajaan tak buat sesuatu habislah malaysia ni
kena pulak ada melayu bangang (maaf, agak emosi) yg sokong...
Dan satu lagi, syariakt yg saya join ni memang banyak melahirkan anak melayu yg berjaya dan kaya raya.
But most of them adalah pembangkang..

Kalau tuan berkesempatan nak cek syarikat shaklee ni,tengoklah..
Kebanyakan yg berjaya dalam syarikat ni (bukan pihak pengurusan sebb opkos depa tak tunjukkecenderungan political view mereka kan?)
tapi Distributor2 dari syarikat ni memang kebanyakan pro pembangkang..
saya pon tak faham...

Apa yg mereka tak puas hati dgn gov ni.lansung tak nampak kebaikan..nampak buruk jer..

saya berminat dgn comp ni sebab dia memang keluarkan produk yang bermutu, dah established lama dan memang dikenali seluruh dunia.
Tapi bila bergaul dgn geng pro pembangkang ni semput dada den ni ha..
Lagi satu tolonglah suruh PM kita ni bertegas..jgn dok layan cina kafirun lahanat ni sgt..

Pentingkan umat islam melayu kat negara ni...
Ya Allah selamatkanlah Malaysia...
Tq...

HOT!!! USTAZ KAZIM DIHALANG BERCERAMAH DI PULAU PINANG.

KERAJAAN negeri Pulau Pinang dibawah perintah Guan Eng telah membatalkan Majlis Forum Perdana yang bakal diadakan pada 5 Julai ini yang turut dihadiri oleh Ustaz Kazim Elias yang juga penceramah bebas.
Melalui Exco Agama Pulau Pinang, Abdul Malik yang juga orang kanan Guan Eng mengarahkan supaya Majlis Forum Perdana yang mana menjemput Ustaz Kazim Elias sebagai panel dibatalkan dengan serta merta kerana beliau boleh menggugat kerajaan negeri.

BUKIT MERTAJAM – Penceramah bebas, Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mendedahkan ada pemimpin politik di beberapa negeri cuba menyekat program ceramahnya dengan mengeluarkan arahan supaya ia dibatalkan.
Lebih menyedihkan dakwanya, arahan tersebut datang daripada pemimpin politik beragama Islam dengan alasan, ia boleh menggugat kedudukan kerajaan negeri.
Dalam kes terbaharu dakwanya lagi, program ceramah perdana yang dijadualkan berlangsung di satu lokasi di sini pada 5 Julai ini telah diarahkan supaya dibatalkan atas arahan seorang Exco kerajaan negeri.

“Saya hairan, program ini telah dirancang sejak tiga bulan lalu. Secara tiba-tiba penganjur beritahu, mereka diarahkan supaya dibatalkan pada saat-saat akhir kerana saya merupakan salah seorang penceramah pada program tersebut.

“Apa yang menyedihkan, arahan tersebut pula datang dari seorang Exco beragama Islam, sepatutnya dia menyokong dan memberi galakan supaya program keagamaan seperti itu diperbanyakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Pengajian Darul Wehdah di Kampung Kubang Ulu, di sini semalam.

#PRK DUN KUALA BESUT - UMNO KELANTAN HANTAR JENTERA BN



Umno Kelantan akan membantu Umno Terengganu dalam memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu kekal di tangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau telah mengarahkan Umno Bahagian Pasir Puteh, yang merupakan daerah jiran, supaya segera turun padang membantu jentera pilihan raya BN di DUN itu.

"Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman yang merupakan ADUN Semerak adalah bekas guru di Kuala Besut dan beliau ada pengaruh di situ dan saya sudah minta Umno bahagian itu untuk segera membantu."

"DUN Kuala Besut ini merupakan 'anak angkat' saya, sudah tentu saya mahukan Kuala Besut ini terus kekal dipertahankan BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung kali pertama Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Cawangan Kelantan semalam.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, pada Selasa lepas akibat kanser paru-paru.

Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri.

Pada pilihan raya umum ke-13, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN itu dengan mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Sementara itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berjanji akan menyelesaikan masalah petani Kelantan yang mendakwa tidak mendapat pelbagai bantuan termasuk subsidi seperti yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Pada persidangan itu, beberapa penyokong kerajaan negeri mendakwa petani di beberapa jajahan negeri itu tidak menerima beberapa peruntukan termasuk subsidi padi.

Berikutan itu, petani berkenaan didakwa akan memboikot musim baru penanaman padi dan juga akan menyekat pengaliran air yang melalui sawah mereka.

TAHNIAH TRW - KEKALKAN KEJUARAAN PIALA FA 2013.


Tahniah! Tahniah! Well done...pada pasukan bola sepak Kelantan yang telah berjaya pertahankan kejuaraan Piala FA bagi tahun 2013. 

Memang Kelantan layak menang malam ini hasil dari prestasi pemain Kelantan yang lebih cemerlang dari JDT. Tahniah sekali lagi dan buat pasukan JDT jangan putus asa kerana masih ada lagi perjuangan perlu diteruskan.

Sesungguhnya pasukan TRW memang kental dan punyai pengalaman di pentas akhir berbanding pasukan JDT yang baru dibentuk . Namun terima jugalah hakikat bahawa kehadiran JDT musim ini telah menghidupkan dan memeriahkan arena bolasepak negara, tahniah TRW dan JDT kerana permainan mantap dan matang .

Kepada TRW dan rakyat Kelantan tahniah diucapkan kerana berjaya pertahankan piala FA untuk kali ke 2. Pada pasukan JDT cuba lagi ye...jangan terlalu bergantung pada player yang ada nama tapi main tak seberapa.




Barisan Pemain:

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose, Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim Abd Halim, Mohd Daudsu Jamaludin (Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Zairul Fitree Ishak(Indra Putra Mahayuddin), Dickson Nwakaeme, Ahmad Fakri Saarani (Zairo Anuar Zailani).

JOHOR DT: Muhd Al-Hafiz Hamzah, Kamarul Afiq Kamarudin (kapten), Ahmad
Tharmini Saiban, Muhd Nazri Ahmad, Andrezinho (K. Thanaraj), Mohd Nurul Azwan
Roya, Mohd Nazri Ahmad, Safiq Rahim (Ahmad Ezrie Shafizie), Jasazrin Jamaluddin,
Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali (Leonel George Nunez).

Pengadil: Syed Azhar Syed Kamar

Saturday, 29 June 2013

PRK DUN KUALA BESUT - KALAH @ MENANG BN TETAP BERKUASA DI TERENGGANU !!!



Mungkinkah Dewan Undangan Negeri Terengganu berkeadaan tergantung selepas satu pilihan raya kecil diadakan tidak lama lagi jika keputusannya menyaksikan 32 kerusinya dikuasai sama banyak oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat?

   
Beberapa ahli politik berpendapat keadaan itu tidak mungkin berlaku.
   
Kematian anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN memerlukan satu pilihan raya kecil diadakan di negeri itu. Kematian beliau menyebabkan BN kini hanya menguasai 16 daripada 17 kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, manakala Pakatan Rakyat menguasai 15 kerusi (Pas 14, PKR satu).
   
Sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya kecil yang perlu diadakan sebelum 27 Ogos ini, maka kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16.
   
Walaupun ramai berpendapat keadaan seri itu memungkinkan satu pilihan raya baru diadakan, namun ahli politik yang ditemu bual Bernama berkata ia tidak semestinya demikian.
Ketua MCA Terengganu dan bekas anggota exco Datuk Toh Chin Yaw berkata undi pemutus speaker Dun, yang kini disandang Mohd Zubir Embong, akan membolehkan BN terus berkuasa di negeri itu.
   
"Pengerusi mana-mana mesyuarat mempunyai undi pemutus. Sekiranya keputusan undian adalah seri, mengikut peraturan tertentu, pengerusi (speaker) akan melaksanakan undi pemutusnya," kata beliau.
   
Sekiranya jumlah kerusi berada dalam keadaan seri iaitu 16-16, kerajaan BN akan memperoleh satu undi majoriti melalui undi pemutus yang diberi speaker.
   
Naib presiden PKR Tian Chua mempunyai pendapat serupa apabila beliau berkata sekiranya Pas memenangi kerusi Kuala Besut pada pilihan raya kecil itu dan menjadikan kedudukan kerusi 16-16, pilihan raya tidak perlu diadakan semula.
    
"Sama ada speaker adalah anggota dewan undangan negeri atau tidak, prinsipnya ialah penyandang kerusi itu boleh memberi undi pemutus sekiranya jumlah kerusi adalah seri. Speaker akan memberi undinya dan BN akan terus berkuasa," katanya.
   
Beliau berkata pertukaran kerajaan hanya akan berlaku jika Adun daripada parti pemerintah berpaling tadah.  - Bernama

GEMPAR!!! APA YANG UAI BUAT TU ???



PKR & PAS BEREBUT KERUSI DUN KUALA BESUT ???

PKR menawarkan diri untuk meletakkan calon dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kata Pengerusi parti peringkat negeri, Azan Ismail
Azan Ismail dilaporkan Sinar Harian berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon Pas, Napisah Ismail.
“Saya yakin Pas akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik Pas beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.

Kenyataan pemimpin PKR ini sudah tentu akan mendatangkan polemik pergeseran di antara PKR dan PAS. 


Sementara itu Pas Terengganu telah mengarahkan semua cawangannya di Besut melakukan persiapan untuk menghadapi pilihan raya kecil  yang bakal diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut susulan kematian penyandang Dr A. Rahman Mokhtar semalam.

Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut berkata parti itu harus bekerja keras untuk menawan kerusi tersebut memandangkan sepanjang 13 kali pilihan raya umum diadakan, PAS hanya menang dua kali di kerusi berkenaan.

Beliau yang mengakui sukar untuk Pas menang di situ bagaimanapun berkata parti itu mempunyai strategi bagi menambah undi.

"Bukan perkara mustahil untuk Pas menang kali ketiga," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Penyandang, Allahyarham A. Rahman, 55, daripada Barisan Nasional (BN) meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam akibat kanser paru-paru.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 bulan lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2008 itu dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Mengulas lanjut, Mohd Abdul Wahid berkata pilihan raya kecil itu sangat penting kerana kerajaan negeri Terengganu sekarang ditadbir BN dengan kelebihan dua kerusi Dun.

"Sekarang ini Barisan Nasional ada 17 kerusi manakala pembangkang ada 15 kerusi. Andainya PRK (pilihan raya kecil) Kuala Besut ini memihak kepada kita, kedudukan akan jadi sama, seimbang iaitu 16-16.

"Andai ini terjadi kita akan rujuk kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan pandangan daripada pengamal undang-undang," katanya.

Mengenai calon Pas, beliau berkata parti itu menyerahkan kepada cawangan untuk mencadangkan nama yang difikirkan sesuai. - Bernama

Friday, 28 June 2013

VIDEO KEBIADAPAN MELAMPAU PESERTA #BLACK505 !!!



Kalau mereka ni tak pedulikan nyawa mereka sekalipun janganlah sampai menyusahkan orang awam dan rakyat.

MESTI TENGOK - VIDEO YANG SANGAT MENYAYAT HATI !!!

Hanya Kerana Anak Bernama Aisyah, Dibakar Di Dalam Oven Dan Dibunuh Di Hadapan Bapa !!!



Tidak adakah ada hati yang akan menangis bila melihat situasi saudara kita di Iraq dan kita di Malaysia menyokong pemimpin yang menyokong Syiah ???

Tidak adakah hamba Allah yang akan menghulur doa untuk menyelamatkan para penduduk Iraq yang dimuliakan Allah dengan keturunan Rasulullah saw terutama Qutub Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ???

Tidak adakah kalangan kita yang akan bangkit menentang dengan pena di alam maya kejahatan Syiah ini dengan harapan tidak ada generasi kita terpengaruh dengan fahaman songsang ini ???

Allah selamatkan mereka. Amin Amin Amin.



11 Video Tentang Wajah Sebenar Syiah Wajib Anda Saksikan - Harap Sebarkan di Blog FB & Twitter


1.Skuad Pembunuh Syiah terhadap Sunni di Iraq http://www.youtube.com

2.Bukti Iran bantu Amerika http://www.youtube.com/

3.Rintihan penduduk Iraq dipaksa laknat isteri Nabi saw http://www.youtube.com/ 

4. Syiah bakar rakyat Iraq nama Umar Aisyah http://www.youtube.com/

5. Syiah buat huru hara di Masjid Nabawi http://www.youtube.com/

6. Syiah Alukan Israel Zionis dan Amerika http://www.youtube.com/

7. Imam Syiah tidak memukul dan cederakan badan mereka http://www.youtube.com/

8. Yahudi Zionis Belakang Syiah http://www.youtube.com/

9. Persamaan Syiah dan Nazi http://www.youtube.com/

10. Syiah di Malaysia http://www.youtube.com/

11. Kaabah Syiah di Iraq http://www.youtube.com/

TOLAK ISLAM AGAMA RASMI - APA PENDIRIAN PAS???


Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyatakan pendirian beliau tidak bersetuju untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Teresa dihadapan Hakim Siti Khadijah dalam perbicaraannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Ketika perbicaraan, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan menyoal Teresa samaada beliau bersetuju ataupun tidak pewartaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan oleh.

"Tidak setuju," kata Teresa.

Teresa yang diwakili oleh Peguam Sankara Nair kemudiannya kerap membantah soalan-soalan seterusnya yang diajukan kepadanya.

Saman Teresa terhadap utusan difailkan pada Februari 2009 ekoran dakwanya Utusan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah keatas dirinya. -  RakyatNews



Apa orang PAS hendak respon terhadap kenyataan Teresa Kok ini???

Memang sudah terserlah apa agenda DAP sebenarnya. Itu pun, PAS dijangka akan terus bersahabat dengan DAP semata mata kerana ingin kuasa. Prinsip agama diketepikan terus kerana kuasa. Masihkah ada lagi orang Islam mahu biarkan sesuatu yang tidak baik berlaku pada umat Islam di negara ini???

POLITIK KEBENCIAN MELAMPAU BAKAL MUSNAHKAN NEGARA !!!

Pakatan pembangkang seharusnya menerima realiti kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan tindakan mengheret rakyat melalui politik melampau selepas kegagalan merampas Putrajaya, seharusnya dihentikan.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Abdul Halim Bin Sidek berkata kesan tindakan politik melampau dan politik kebencian ini telah menyebabkan rakyat sudah tidak lagi menghayati dan menghormati Rukun Negara yang menjadi asas kepada kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara.
Tegas beliau sepatutnya setiap warganegara Malaysia mesti mendukung, berikrar dan berpegang teguh kepada cita-cita dan prinsip-prinsip Rukun Negara yang merupakan salah satu asas pembinaan negara bangsa.
Beliau berpendapat bahawa kebelakangan ini ramai pemimpin pakatan pembangkang membelakangi asas-asas pembinaan negara bangsa di dalam kenyataan-kenyataan dan tindak tanduk mereka serta menyinggung ramai pihak.
“Sekarang ini mereka seperti sudah tidak ada lagi jati diri sebagai rakyat Malaysia. Jika mereka mempunyai jati diri, sudah pasti mereka akan mengutamakan negara berbanding keutamaan diri mereka sendiri."
“Jika jati diri mereka kuat, semangat patriotik mereka kuat dan kental, mereka akan jadi warganegara yang baik, akan menjaga keamanan dan sedia berkorban untuk Negara bukan cuba untuk memporak perandakan, membuat huru hara dan akhirnya akan menganggu-gugat keharmonian Negara."
“Walaupun mungkin ada perbezaan pendapat dari segi ideologi politik, tetapi kita tidak seharusnya mengorbankan negara dengan mewujudkan suasana yang tidak harmoni ini kerana akhirnya negara akan rosak atau musnah,” katanya.
Beliau juga berkata, “Bagi memastikan perpaduan kaum di Negara ini terpelihara, setiap warganegara hendaklah dari segi perlakuan dan tindak-tanduk mereka tidak mengenepikan kewujudan cita-cita serta prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan setiap rakyat di negara ini”.
Pada masa yang sama beliau juga menyeru agar prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, yang menekankan kepada personaliti dan perlakuan seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi juga tidak diketepikan bagi membantu mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni di samping senantiasa memelihara perpaduan kaum di negara ini.

Thursday, 27 June 2013

HOT INFO !! TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?



Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ . Pohon yang diberkati. Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".

Sedikit sejarah mengenainya...Ketika Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

Semasa Baginda ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ daripada cahaya matahari. Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ itu dengan berkata:

"Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.

Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra:

1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.

2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.

Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.

Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ - pernah berada di situ.

SubhanAllah, Indahnya Ciptaan

PRK DUN KUALA BESUT DALAM TEMPOH 60 HARI !!!


Belum pun genap dua bulan PRU-13 selesai, politik tanahair sudah membahang semula kehangatannya bila mana berlakunya kekosongan di DUN Kuala Besut, Terengganu berikutan kematian penyandangnya dari BN. Penyandangnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), akibat kanser paru-paru.

SPR selaku badan rasmi pengendali pilihan raya sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi akan ada PRK di DUN terbabit dan tarikh muktamad bila hari pencalonan dan bila tarikh pengundiannya akan diputuskan dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih menunggu maklumat rasmi berhubung kekosongan kerusi tersebut untuk mengadakan mesyuarat khas sekaligus menetapkan tarikh PRK.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, selepas menerima makluman rasmi daripada Speaker Dun Terengganu dan selepas itu baru SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi bila mesyuarat khas akan diadakan.

"Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Speaker Dun Terengganu, Mohd Zubir Embong akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Kuala Besut kepada SPR untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan "kekosongan" kerusi Dun Kuala Besut akan memberi berita gembira kepada PR ekoran penyandangnya meninggal dunia, hari ini.

Menurutnya, pilihan raya kecil (PRK) memberi peluang yang selesa kepada PR kerana BN hanya memperolehi kelebihan dua kerusi membentuk kerajaan Terengganu.

"Saya anggap PRK kali ini kritikal kerana majoriti yang diperolehi Umno pada kerusi tersebut agak memberangsangkan."

"Bagaimanapun situasi ini tetap memberi peluang yang baik untuk Pas menempah tempah pada kekosongan itu, PR akan sokong calon yang akan diletakkan Pas," katanya pada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, 10.18 pagi tadi.

Pada PRU13 5 Mei lepas, Abdul Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas Napisah Ismail. Abdul Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah, 6,375 undi.

Dalam pada itu, ketika ditanya media mengenai kenyataan beliau itu dilihat tidak menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham, Anwar berkata,  situasi itu satu yang realiti dan perlu difahami semua pihak.

"Ini perkara betul, saya ucapkan takziah kepada keluarga beliau atas pemergian beliau dan berdoa agar rohnya dicucuri rahmat."

"Yang keduanya, kita juga perlu merujuk kepada kekosongan itu. Saya percaya Pas akan bermesyuarat mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat,"



INILAH YANG DIKATAKAN PEMIMIPIN CINA YANG SENSITIF TERHADAP AGAMA !!!

Laporan polis yang dibuat oleh Huan Cheng Guan, Presiden Parti Cinta Malaysia.
Cina macam ni baru kita boleh respek..., dia menghormati sentimen Agama agar tidak dipermainkan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawap. walaupun bangsa cina sendiri buat salah dia takkan teragak-agak untuk ambil tindakan.

Sikap seumpama inilah yang perlu ada pada setiap rakyat Malaysia majmuk yang berbilang kaum dan bangsa serta agama, agar tiada lagi selepas ini mana-mana individu atau pihak yang tidak bertanggungjawap mempersoalkan atau menyentuh sensitiviti agama lain termasuk agama Islam.

Huan Cheng Guan menunjukkan salinan paparan laman Facebook seorang wanita membuat komen menghina Islam dan Nabi Muhammad selepas membuat laporan polis di Balai Polis Perai, Pulau Pinang, semalam.


Terima kasih kerana memahami dan membuat tindakan membuat laporan polis...hanya DAP saja tidak menghormati agama Islam.

CHE'GU BARD KECAM PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG ANGKAT SUMPAH !!!

 
LAWAK lah puak pembangkang ni yang sampai hari ini asyik nak meroyan je kerjanya tiap-tiap hari. Konon sabtu lepas berhimpun ribuan orang, datang dari jauh semata-mata nak beri sokongan kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk memboikot majlis angkat sumpah akhirnya dibalas dengan kecewa.

Hari ini, Ketua SAMM (Soladiriti Anak Muda Malaysia), BadrulHisham a.k.a Che'guBard menyelar pemimpin pembangkang yang mengangkat sumpah di parlimen semalam dengan perkataan CIBAI.

Elok lah tu, perangai cikgu pembangkang memang macam ni agaknya. Tapi apa nak kecoh sangat kan dengan perkataan CIBAI tu sebab dah menjadi makanan puak pembangkang selama ni pun.

Kan ke maksud CIBAI tu Cintai Insan Bernama Anwar Ibrahim!! kikiki

Masih tak rasa kena tipu dengan Anwar lagi ke? Tak bau hancing lagi ke kepala masing-masing???

Wednesday, 26 June 2013

TERKINI - ADUN KUALA BESUT (BESUT, TERENGGANU) MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER.


Terkini: 

Adun Kuala Besut dalam daerah Besut di Terengganu, sebentar tadi dimaklumkan bahawa telah meninggal dunia akibat kanser Paru-paru.

Beliau yang juga Adun Kuala Besut merangkap exco kerajaan negeri Terengganu, iaitu Dr A Rahman Mokhtar telah meninggal dunia jam 10.18 pagi tadi setelah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu sejak Khamis lalu dan di tempatkan di wad ICU selepas mengalami masalah pernafasan. Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Azizah Omar dan empat orang anak. Jenazah allahyarham akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut hari ini selepas asar.

Dilahirkan pada 28 Mac 1958 di Kg. Pulau Perhentian, allahyarham mendapat ijazah kedoktoran dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau kemudiannya mendapat ijazah lanjutan Master of Public Helath dari Manila. YB Dr. Haji A. Rahman selalu mengimbau zaman kanak-kanak yang sederhana tetapi tetap bermakna sebagai seorang anak nelayan di Pulau Perhentian.

Marilah sama-sama kita sedekahkah surah Alfatihah dan mendoakan beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah...
Takziah kepada keluarga allahyarham….

MARI BELAJAR "LOGHAT" NEGERI KELATE.


Bahaso Kelate Tahap Dewo


SELAMAT MENEKA MANA YANG BETUL....(ACU TRA TEST TEKO MANO HOK BETUL).

1.Daba baju Gumbey soyok ghabok...
A. Kolar baju Melayu koyak rabak
B. Berdebar pakai baju Melayu koyak
C. Si baju hijau sedang bertugas
D. Baju bundle 2 helai 5 ringgit

2.Mamoh woh topoh bowoh ghetok...
A. Memakai terompah yang retak
B. Makan buah bawah almari
C. Kunyah epal bawah jambatan
D. Kunyah jambatan sehingga retak

3.Buh pelepong nga kopeh aye dale lonjok...
A. Simpan tea Boh dan ayam dalam pelampong
B. Simpan hati dgn isi ayam dalam mangkuk
C. Ayam den lapeh
D. Isi paru-paru dgn tulang ayam dalam mangkuk tingkat

4.Skeleng belana kokna daley celeng...
A. Duit banyak dalam dompet
B. Syiling berlambak dalam tabung
C. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
D. Wang melimpah atas siling

5. Cha sumbak, air beladong pah katah jemoghey...
A. Longkang tersumbat,air melimpah sampai anjung rumah
B. Sami buddha order tauhu sumbat & jus buah
C. Parit tersekat,air melimpah ke dalam rumah
D. Rumah kos rendah hadapi catuan air

6.Tey kedaghoh sekuk liuk atah balasoh...
A. Curi wang dalam tabung surau
B. Makan biskut lemau di surau
C. Biskut Tiger punca darah tinggi
D. Santap biskut kering di masjid

7.Gatih teksi deghah gak,loghak ni...
A. Pandu teksi laju sikit,ade hal ni
B. Kayuh basikal kejar teksi
C. Kayuh beca laju sikit,nak cepat ni
D. Teksi beroperasi tanpa meter

8.Duk cokoh bley-bley behey beledo...
A. Lepak-lepak sambil makan puding
B. Duduk sambil makan agar-agar
C. Tony Blair menari ballet
D. Bersembang bla-bla sambil dengar lagu balada

9.Selok doh ko nyeylo?
A. Jendela dah kunci belum?
B. Pengsan di jendela
C. Awas penyeluk saku
D. Tingkap dah tutup ke?

10.Kohor do'oh goli kudo bola...
A. Goalkeeper mengambil sepakan gol
B. Kuda dari N.Sembilan yang geli bermain bola
C. Penjaga gol menggeletek kuda
D. Perlahan sangat penjaga gol tendang bola


Mehh jawap soalan dulu.... 

1. A
2. C
3. D
4. B
5. A
6. B
7. C
8. B
9. A
10.D

MUSTAHIL BAGI PAS UNTUK BERSAMA UMNO !!!


Cadangan PAS Bersama UMNO : Pungguk Yang Sedang Rindukan Bulan

Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air.

Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam.

Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua. 

Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini? Di Melaka, pernah seorang Ketua Menteri yang merupakan pimpinan tertinggi UMNO mencadangkan agar pusat hiburan dilanjutkan masa pembukaannya sehingga ke awal pagi, inipun juga barangkali perjuangan untuk menegakkan Islam. Itu belum dicampur kenyataan-kenyataan yang menghina Islam yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini. Semuanya termaktub di dalam lipatan sejarah dan generasi kita tidak buta untuk membaca semula catitan ini.

Saya ingin bertanya, jika sekarang mahu mengajak PAS bersatu dengan UMNO, apa lebihnya UMNO berbanding dengan PAS dalam hal memperjuangkan Islam? Sewaktu pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina seorang wakil rakyat UMNO di Johor yang mencadangkan hudud dengan label 'hilang akal', di mana pemimpin UMNO menyembunyikan diri? Jika lebihnya UMNO ialah kerana bilangan kerusi, saya suka mencadangkan agar ADUN UMNO di Kelantan menyertai PAS kerana bilangan kerusi yang dimiliki oleh PAS di Kelantan lebih banyak jauh mengatasi UMNO!

Jika UMNO memperjuangkan Melayu, kenapa Kelantan dinafikan hak ke atas royalti minyak dalam keadaan majoriti rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan beragama Islam? Kenapa UMNO memainkan peranan untuk menyekat pembangunan ke Kelantan dan ini diakui sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan satu ketika dahulu? Apakah perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan sikap seperti ini selain daripada pengkhianat? 

Pada saya, Islam yang dibawa oleh UMNO ialah Islam celup. Selagi dasar yang menjadi tunjang perjuangan UMNO ialah kebangsaan, tiada apa-apa nilai terhadap gerak laku UMNO sekalipun nampak seolah-olah ia pro-Islam. Di zaman Rasulullah SAW, masjid Dhirar diperintahkan untuk diruntuhkan sekalipun ia sebuah masjid kerana ia didirikan bukan di atas semangat Islam yang sebenar.

Kerana itu, saya tetap berpendirian, PAS tidak akan bersama-sama UMNO selagi UMNO tidak menukar dasar. Berhentilah menjadi pungguk yang rindukan bulan. Saban malam merenung bulan sambil memanggil-manggil, mahu terbang sayap kecil, mahu biarkan sahaja, hati pula tidak sanggup melihat bulan dipagar bintang. Akhirnya si pungguk hanya mampu berbuat bising!


Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am,

Parti Islam Semalaysia (PAS)


Bertarikh : 11 Syaaban 1434H bersamaan 20 Jun 2013M

https://www.facebook.com/nikaziz/posts/10151463968777592

Tuesday, 25 June 2013

BONUS HARI RAYA UNTUK KAKITANGAN AWAM !!!


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan isu pemberian bonus kepada penjawat awam sempena pembentangan Bajet 2014 nanti.

Beliau berkata, cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu perlu diserahkan sepenuhnya kepada Najib yang juga Menteri Kewangan.

''Itu permintaan CUEPACS dan saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(Pembentangan Bajet 2014).

''(Selepas itu) Perdana Menteri sendiri akan umumkan keputusan itu bila masa yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perdana Menteri 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Seramai 1,374 pegawai dari 42 jabatan, agensi serta bahagian di bawah JPM menerima anugerah tersebut.

Semalam, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam. Dalam saranan itu, CUEPACS mencadangkan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji yang pembayarannya dibuat sebanyak tiga kali iaitu sebelum perayaan Aidilfitri, Disember lalu dan pada Januari tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN menyeru penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam (Search and Assist).

"Penjawat awam akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

"Ini adalah satu pendekatan baharu. Kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka, tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.

sUMBER