ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BONUS HARI RAYA UNTUK KAKITANGAN AWAM !!!

Tuesday 25 June 2013

BONUS HARI RAYA UNTUK KAKITANGAN AWAM !!!


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan isu pemberian bonus kepada penjawat awam sempena pembentangan Bajet 2014 nanti.

Beliau berkata, cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) itu perlu diserahkan sepenuhnya kepada Najib yang juga Menteri Kewangan.

''Itu permintaan CUEPACS dan saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(Pembentangan Bajet 2014).

''(Selepas itu) Perdana Menteri sendiri akan umumkan keputusan itu bila masa yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perdana Menteri 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Seramai 1,374 pegawai dari 42 jabatan, agensi serta bahagian di bawah JPM menerima anugerah tersebut.

Semalam, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam. Dalam saranan itu, CUEPACS mencadangkan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji yang pembayarannya dibuat sebanyak tiga kali iaitu sebelum perayaan Aidilfitri, Disember lalu dan pada Januari tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN menyeru penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam (Search and Assist).

"Penjawat awam akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

"Ini adalah satu pendekatan baharu. Kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka, tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.

sUMBER

No comments:

Post a Comment